EXPOSURE ENCOURAGE CHILDS CURIOSITY

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog anakkita.Tinggal lagi sebulan lebih berakhirnya Tahun 2017,kami doakan semoga impian dan cita-cita anda semua tercapai dan beroleh kejayaan.Alhamdullilah syukur di atas semua yang telah di rancang olehnya.

 

Kebanyakkan Ibubapa zaman sekarang tidak sedar bahawa PENDEDAHAN pada peringkat awal kepada anakkita akan membina satu keinginan dalam diri mereka untuk ingin tahu kepada semua perkara yang berlaku atau bagaimana ia berfungsi dan kesan nya terhadap perubahan di sekeliling mereka.Pendedahan adalah satu perkara yang paling penting bagi anakkita kerana ia menggalakkan perasaan ingin tahu mereka untuk berkembang dan akan membuatkan mereka mempunyai satu keinginan untuk belajar kepada semua perkara yang berlaku di sekeliling mereka.Pendedahan dan perubahan ini akan membuat anakkita untuk ingin bertanya soalan –soalan yang mencungkil perasaan ingin tahu mereka seperti soalan yang bermula dengan perkataan KENAPA, BAGAIMANA, BILA, APA DAN DI MANA kerana mereka ingin tahu apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka semasa membesar.

 

 

INGAT,

Jika kita selalu mendedahkan dan mengajar anakkita daripada peringkat awal lagi kepada semua perkara maka anakkita akan mempunyai peluang untuk menerima banyak ilmu serta ia juga boleh meningkatkan vocabulary dalam pertuturan mereka kerana pendedahan akan merangsangkan minda dan menggalakkan mereka untuk mencari jawapan kepada semua perkara.Ini adalah peringkat ketiga anakkita belajar dalam hidup mereka untuk mengenali diri dan persekitaran mereka selepas Deria Rasa dan Deria Sentuhan iaitu melalui Soalan.

 

ALWAYS REMEMBER,

The more we talk, the more they will say

The more we show, the more they will see

The more we teach, the more they will learn

 

Semasa Arissa dan Ariana masih kecil lagi ,kami selalu mendedahkan mereka kepada semua perkara seperti Bahasa, Persekitaran serta ilmu Akhirat dan Dunia.Pendedahan ini membolehkan Arissa dan Ariana tahu banyak perkara serta boleh faham lebih dari dua bahasa berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka.

Sewaktu anakkita membesar pendedahan memainkan satu peranan penting dalam hidup mereka untuk belajar mengenali semua perkara melalui SOALAN kerana pendedahan akan mencungkil perasaan ingin tahu mereka untuk bertanya soalan-soalan dan jawapan daripada soalan-soalan tersebut akan merangsangkan minda mereka untuk berkembang dan daripada rangsangan ini anakkita akan mempunyai satu pemikiran yang positif dan kreatif serta mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan masalah dan rintangan dengan mudah malah ia juga mengajar anakkita untuk menilai sesuatu perkara itu samada ia baik atau buruk kepada mereka.Tetapi malangnya ramai di antara kanak-kanak pada masa sekarang masih lagi tidak mendapat Pendedahan,Perhatian dan Rangsangan yang sewajarnya dan ini akan menjadikan mereka untuk tidak suka bertanya soalan-soalan yang mencungkil perasaan ingin tahu mereka.Perkara ini akan menyebabkan anakkita tidak tahu bagaimana dan tidak mempunyai satu keinginan untuk belajar dalam diri mereka kepada semua perkara.

 

 

 

SAINS adalah satu subjek yang luas dan penting kerana ia bersangkut paut kepada segala benda dalam hidup manusia dan ramai daripada kita kurang selesa dengan subjek ini kerana perkataan sains sahaja sudah memberi satu imej seperti makmal, ujikaji, kimia,teori yang merungsingkan dan satu subjek yang susah untuk di faham .Tetapi pada hakikatnya kita semua tahu dan boleh mengajar perkara-perkara yang berkaitan dengan sains lebih banyak daripada apa yang kita sangka kerana kita sentiasa berurusan dengannya seperti kelengkapan rumah, persekitaran alam dan dalam kehidupan manusia.Kita sebagai Ibubapa boleh berkerjasama dan membantu anakkita untuk membina minat mereka dalam sains serta memberi keyakinan kepada kebolehan mereka untuk mempelajarinya.

 

 

MINI DATA,

Sebagai seorang Ibubapa apa yang kita perlu lakukan adalah memberi galakkan kepada anakkita untuk bertanya SOALAN,mendapatkan PERHATIAN ,memberi PENERANGAN ,MENILAI ,dan MENGUJI kerana ini semua akan memberi anakkita satu rangsangan untuk mempunyai satu keinginan untuk belajar serta mempunyai keyakinan dalam diri mereka untuk mencuba sesuatu perkara yang baru.

 

CONTOH,

 

SOALAN – Apabila kita bersiar-siar di taman cuba tanya kepada anakkita soalan-soalan yang mencungkil perasaan ingin tahu mereka seperti Kenapa daun daripada pokok ini gugur ? atau Apa burung akan buat dengan ranting-ranting pokok yang di ambilnya ?. Cuba memberi penjelasan yang mudah dan ringkas selepas itu tanya pendapat mereka.

 

 

PERHATIAN – Selalunya anakkita suka pergi dan pegang apa sahaja yang mereka melihat di persekitarannya, Akan tetapi anakkita yang berumur 3 tahun akan belajar untuk berdiri dengan senyap jika pada mulanya mereka melihat seekor burung dan cuba mendekatinya dan burung tersebut terbang selepas mencuba beberapa kali untuk mendekatinya.Anakkita akan belajar untuk berdiam diri di tempatnya supaya mereka boleh memperhatikan burung tersebut.Apabila kita mendapat peluang kedua bersama dengan anakkita untuk melihat burung cuba berlutut sebelah anakkita dan bisik di telinganya seperti kita sedang berkongsi satu rahsia dan minta anakkita untuk memberi perhatian kepada burung sambil tanya soalan seperti Bagaimana burung itu boleh terbang ? atau   Apa yang burung suka makan ?. Kemudian galakkan anakkita untuk berkongsi pengalaman ini kepada semua ahli keluarganya.

 

PENERANGAN  – Perkara yang paling penting dalam Sains dan Komunikasi adalah untuk belajar menerangkan sesuatu perkara .Kita boleh membantu anakkita menyedari kepada pelbagai ciri-ciri objek melalui soalan seperti Batu itu warna apa ? , Batu itu ringan atau berat ? atau apabila di sentuh adakah batu itu sejuk atau panas ?

 

MENILAI -   Untuk menilai sesuatu ukuran kepada sesuatu objek dari segi panjang, lebar, tinggi atau berat bukanlah satu kemahiran yang senang untuk di pelajari oleh anakkita yang masih kecil lagi tetapi kita boleh menggunakan cara-cara yang mudah mengajar anakkita seperti menggunakan tangan untuk mengukur lebar meja makan atau menggunakan kaki untuk mengukur jarak antara pintu ke meja kepada ukuran kaki persegi walaupun anakkita tidak boleh mengukur dengan betul.Apa yang penting adalah kita mengenalkan mereka kepada konsep ukuran tersebut.

 

MENGUJI – Untuk menguji kebolehan anakkita bukanlah satu perkara yang mudah tetapi dengan kesabaran dan ketekunan kita pasti anakkita akan berjaya kelak nanti.Ingat tanpa sedar bila kita banyak bersabar kita sebenarnya banyak belajar.Contoh, Apabila anakkita mengambil sudu dan memukul semua objek di rumah untuk mendengar bunyi-bunyi yang berbeza .Perbuatan ini akan membuat kita marah dan tidak tahan dengan kerenahnya tetapi jika kita berdiam dan berfikir kenapa anakkita berbuat demikian kita akan sedar bahawa anakkita sebenarnya belajar untuk faham kegunaan sudu tersebut di mana sudu itu boleh di gunakan untuk mengambil makanan dan ia juga boleh di gunakan sebagai satu alat untuk mengeluarkan bunyi-bunyi yang berbeza jika ia di pukul pada objek-objek yang berbeza.

 

 

 

INGAT,

Hampir semua perkara yang berkaitan dengan sains akan meminatkan anakkita kerana ia menimbulkan satu kemusykilan pada diri mereka untuk bertanya soalan dan menggalakkan perasaan ingin tahu mereka berkembang lagi.Jika kita menggalakkkan anakkita untuk bertanya soalan tetapi kita TIDAK membenarkan mereka untuk membandingkan atau menguji sesuatu teori sendiri kepada semua perkara.Maka dengan secara tidak langsung kita menghalang perasaan ingin tahu anakkita daripada berkembang di mana selama ini kita berusaha untuk membinanya.

 

MINI DATA,

 Simple chemistry experiments will intrigue children and the introduction of basic physics concepts can start children considering things in a new light. A child can discover many basic concepts of science by simply playing with building sets of blocks and logs. Science can also help dispel a child’s fears of things like thunder or bugs, if you will make a point of studying the animal or phenomenon. The more a child understands something the less he will fear it.

 

 

 

 

THOUGHTS FOR THE WEEK

 

An adult and a child share one common thing in life and that is CURIOSITY

REMEMBER

Curiosity helps one to discover and learn new things in life.

 

 

 

NEXT UPDATE 16th Dec 2017

CREATIVE THINKING PART 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua peminat setia Blog anakkita ,Doa dari kami semoga semuanya dalam keadaan sihat dan ceria sentiasa bersama keluarga dan orang yang tersayang.

 

Sebagai seorang Ibubapa kita boleh membantu membina pemikiran kreatif anakkita berkembang dengan soalan-soalan yang mempunyai halangan ( Road Blocking Question ) kepada sesuatu jawapan yang mereka ingin mencari atau kepada sesuatu perkara yang mereka ingin lakukan.

Contohnya :

 

Dewasa – Apa Adik akan buat apabila balik dari sekolah dan mendapati pintu luar rumah di kunci  ?

Kanak-kanak  – Saya akan ketuk pintu dan minta di buka untuk masuk ke rumah.

Dewasa – Ok, Katakan masa itu tiada siapa di rumah ?

Kanak-kanak – Saya akan cari kunci yang lagi satu di rak kasut di mana Ibu selalu letak jika ada kecemasan.

Dewasa – Ah,tapi kakak adik dah ambil dan dia lupa letak balik ke tempat asalnya.

Kanak-kanak – Mungkin saya akan masuk melalui tingkap rumah.

Dewasa – Tetapi Ayah adik pasang system penggera untuk keselamatan sebagai satu langkah untuk mencegah kecurian.

Kanak-kanak – Kalau macam itu,Saya akan pergi ke rumah jiran sebelah dan tunggu sampai Ibu balik.

Dewasa – Katakan, Jiran sebelah pergi melancong dan akan balik selepas 3 hari.

 

Perbincangan seperti ini boleh membuat kita binggung dan marah akan tetapi ini adalah salah satu cara yang di katakan Road Blocking ( penghalang ) kerana ia akan membuat kita untuk berfikir mencari jalan alternatif atau jawapan yang lain  bagi menyelesaikan sesuatu perkara atau tugasan. Road Blocking ( penghalang ) ini boleh membuat pemikiran anakkita untuk berkembang serta ia juga memberi satu keyakinan kepada diri mereka untuk cuba mencari beberapa jalan penyelesaian untuk mengatasinya apabila mereka berada dalam sesuatu situasi yang sukar.

 

Jika kita boleh meluangkan masa untuk bersama dengan anakkita walaupun beberapa minit dengan aktiviti-aktiviti sedemikian semasa memandu ketika perjalanan pulang ke rumah,selepas makan malam atau semasa kita tidurkan mereka ,Dengan cara ini kita secara tidak langsung membuka minda pemikiran anakkita untuk menyedari bahawa ada banyak jalan alternatif untuk mengatasi sesuatu masalah dan apabila mereka berada dalam sesuatu situasi yang sukar anakkita akan cuba mencari lebih daripada satu jawapan untuk mengatasinya.

Kalau boleh minta anakkita memberi kita satu masalah dengan beberapa penghalang kemudian kita cuba menyelesaikannya.Cara ini sungguh menyeronokkan malah ia juga mengeratkan lagi silatulrahim kita dengan anakkita.

 

SOALAN-SOALAN PENGHALANG YANG BOLEH MEMBINA MINDA PEMIKIRAN ANAKKITA UNTUK BERKEMBANG.

 

1 ) Tanya anakkita,Apa Adik akan buat jika seekor kucing mengekori adik ke rumah semasa pulang dari taman ?

2 ) Tanya anakkita, Apa Adik akan buat jika tiba-tiba adik tidak boleh bercakap ?

3 ) Tanya anakkita, Apa Adik akan buat jika adik bersendirian di rumah pada waktu malam dan semua lampu rumah terpadam ?

4 ) Tanya anakkita,Apa Adik akan buat jika kakak tidak membenarkan adik bermain dengan mainannya di mana sebelum ini kakak membenarkan adik bermain ?

 

 

 

INGAT,

Matlamat utama Roadblocking ( penghalang ) adalah untuk memberi peluang kepada anakkita supaya berfikir mencari sebanyak mungkin jalan alternatif atau jawapan kepada sesuatu masalah jika anakkita belajar mencari jalan penyelesaian daripada penghalang-penghalang ( Roadblocks ).

Ini boleh membuat anakkita menjadi seorang yang cekal dan bijak di mana ia membantu mereka dalam bidang pelajaran seperti sains,kemahiran bahasa dan pelajaran sosial kerana kini anakkita adalah seorang yang kreatif .

 

 

AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH MEMBINA PEMIKIRAN KREATIF ANAKKITA.

 

1 ) Role playing- Memainkan sesuatu peranan seperti meminta anakkita melakonkan adegan dalam cerita yang melibatkan beberapa watak.

2 ) Minta anakkita menggunakan imiginasi mereka untuk bercerita dengan menggunakan boneka atau finger puppet.

3 ) Memberi bahan-bahan makanan  kepada anakkita dan meminta mereka untuk membuat sesuatu makanan daripadanya seperti salad atau sandwich.

4 ) Minta anakkita membuat sesuatu pertunjukkan untuk tontonan kita seperti tarian,menyanyi atau bercerita.

5 ) Cuba bermain jigsaw puzzle dengan anakkita bermula dengan yang mudah kepada yang sukar.

 

 

MINI DATA,

Roadblocking can be used with children as young as 4 or 5 to help them think of what to do if a problem arises and you are not there.It can be valuable safety drill if you deal with a situation such as what would  you do if we went to the store and you got lost and couldn’t find me ?

 

 

ANDA TAHU TAK ?

Tugas seorang Ibubapa bukanlah hanya untuk memberi Makanan,Pakaian dan Tempat tinggal sahaja kepada anakkita malah juga ILMU AKHIRAT DAN DUNIA supaya mereka menjadi seorang insan yang soleh dan solehah dan berjaya dalam hidup mereka.Jika kita menyayangi dan menghormati mereka sekarang maka esok kita akan di sayangi dan di hormati serta di jaga di hari tua kita nanti kerana ramai Ibubapa sekarang tidak mendapat kasih sayang anak mereka dan di tinggalkan di rumah kebajikan atau di rumah orang tua.Perkara ini berlaku kerana semasa anakkita masih kecil lagi kita tidak mengambil berat  kepada keperluan mereka serta tidak memberi perhatian kita kepada mereka semasa membesar.

 

 

 

 

 

INGAT,

Jangan membiarkan perkara ini berlaku kepada kita.

SEORANG IBUBAPA BOLEH MENJAGA 10 ORANG ANAK TETAPI MALANGNYA ZAMAN SEKARANG 10 ORANG ANAK TIDAK BOLEH MENJAGA SEORANG IBU DAN BAPA. Oleh itu, Ingatlah kita sebagai seorang Ibubapa memainkan satu peranan yang sangat penting dalam hidup anakkita bagi menjaminkan masa depan yang cerah serta tanggungjawab mereka kepada kita sebagai Ibubapa mereka.

 

 

THOUGHTS FOR THE WEEK

 

“ Life is a circle what goes around comes around “

REMEMBER

Our children depend on us now as we depend on them later.

 

 

 

NEXT UPDATE  15th  November 2017 

CREATIVE THINKING

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia blog anakkita,semoga semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tersayang.

 

selamay Hari Raya Haji

Ikhlas Daripada Kami Sekeluarga

Danial,Linda,Arissa,Ariana,Aliyya dan Danish

 

Ramai Ibubapa sekarang berpendapat bahawa untuk mengajar anakkita mempunyai minda kreatif bermula semasa mereka belajar di sekolah namun pemikiran kreatif anakkita sebenarnya bermula daripada peringkat awal lagi di rumah apabila mereka mula belajar untuk berdiri,berjalan atau mengambil sesuatu objek daripada persekitaran mereka tanpa bantuan kita.Bila anakkita mula membuat atau belajar sesuatu perkara dengan sendiri menggunakan deria mereka seperti melalui sentuhan ,merasa,mendengar dan melihat ini menunjukkan bahawa anakkita sudah mula menggunakan minda mereka untuk berfikir bagaimana sesuatu objek itu berfungsi dan apakan kesannya di berikan kepada mereka.

 

INGAT,

Satu –satunya organ dalam diri kita di mana ia berfungsi sejak kita lahir dan tidak akan berhenti sehingga kita mati malah ia juga tidak boleh di gantikan adalah OTAK kita,kerana ia adalah satu-satunya organ yang membantu kita untuk meneruskan hidup kita di dunia ini samada kita berjaya atau tidak sebagai seorang manusia.

 

 

DO YOU KNOW,

Brainstorming helps a child to have a creative mind and with knowledge and experience it makes that child a very competent person.

 

Sebagai seorang Ibubapa kita mempunyai banyak peluang untuk membina minda kreatif anakkita iaitu menggalakkan mereka untuk berfikiran terbuka dan membenarkan mereka untuk mencuba idea-idea atau membuat sesuatu perkara daripada pengalaman mereka sendiri tanpa bantuan dan kritikan kita.Rangsangan minda ini akan membina kreativiti minda anakkita untuk berkembang dan membantu mereka untuk mempunyai keupayaan bagi mengatasi sesuatu masalah atau berhadapan dalam sesuatu situasi yang baru apabila mereka menghadapinya sendiri.

Waktu yang paling baik bagi menggalakkan permikiran kreatif anakkita adalah apabila kita meluangkan masa bersama dengan mereka.Seperti waktu sebelum tidur,waktu makan atau dalam kereta semasa perjalanan di mana kita boleh bangkitkan sebahagian minda anakkita untuk berfikiran kreatif dengan soalan-soalan yang memberi rangsangan kepada perasaan ingin tahu mereka untuk mendapatkan lebih daripada satu jawapan bagi soalan tersebut.

Cara ini bukan sahaja menyeronokkan malah ia juga sangat berguna kepada anakkita kelak nanti kerena ia akan mengajar anakkita untuk mula belajar mencari jalan alternatif untuk menyelesaikan sesuatu tugasan dan ia juga akan membuka minda anakkita untuk mempunyai satu pemikiran flexibility dalam diri mereka di mana ia juga membolehkan mereka berfikiran positif untuk mencari alternatif lain bagi menyelesaikan masalah dalam subjek pendidikan mereka seperti sains dan matematik.

 

 

 

INGAT,

 Jika anakkita mempunyai kebolehan untuk berfikir secara kreatif maka dia mempunyai banyak kawalan keatas diri mereka sendiri dan anakkita juga mempunyai satu kelebihan untuk mempengaruhi orang lain dalam rekaannya dan memberi jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah mereka serta mampu berfikiran waras mahupun dalam keadaan kecemasan.Oleh itu bantulah anakkita untuk mendapatkan kelebihan ini pada diri mereka supaya ia akan meluaskan minda mereka untuk melihat lebih banyak perkara daripada orang lain.

 

AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH MEMBINA PERMIKIRAN KREATIF ANAKKITA

1)      Bantu anakkita peka kepada deria persekitaran mereka seperti bila kita bersiar-siar di taman minta anakkita menutup mata mereka dan memberitahu kita kepada objek-objek yang mereka bersentuh atau kepada bunyi yang mereka dengar di taman itu.

2)      Apabila anakkita menggunakan buku atau peralatan dapur untuk bermain seperti membuat jambatan atau terowong ,Tunjukkan keriangan kita dan puji mereka keatas kebolehannya kerana ia akan menggalakkan kreativiti mereka untuk berkembang.

3)      Galakkan anakkita bermain dengan wraping paper untuk membalut hadiah,menampal di dinding sebagai wall paper atau membuat sesuatu bentuk daripadanya seperti permainan origami kerana ia akan membuka minda anakkita untuk belajar mengetahui cara lain selain daripada kegunaannya yang sebenar.

4)      Galakkan anakkita menggunakan kotak atau bekas lama sebagai satu tempat untuk menyimpan barang-barang mereka seperti buku,barang mainan,gambar atau trofi mereka kemudian gunakan ia sebagai satu topik perbincangan bersama anakkita di hujung minggu seperti Adik, Ingat tak bila kita ambil gambar ini ? atau teddy bear yang manakah kita mula –mula belikan untuk adik ? cara ini bukan sahaja meningkatkan ingatan mereka malah ia juga akan membantu anakkita dalam pertuturan mereka.

5)      Rangsangkan minda anakkita dengan soalan-soalan yang memberi keinginan mereka untuk ingin tahu serta mencuba mencari jawapan seperti apa yang kita boleh buat dengan kertas selain menulis ?, Apa yang kita boleh buat dengan duit syiling selain membeli gula-gula ?atau Apa kita boleh buat dengan sayur-sayuran selain memasak.

6)      Bayangkan kita dalam bilik gelap di  mana kita tidak boleh melihat langsung dan tanya anakkita deria manakah kita boleh gunakan untuk mencari jalan keluar dari bilik gelap itu.

 

 

 

MINI DATA,

Brainstorming is important because it is the first step in the process of creative problem solving. Creative solutions involve fluency ( Generating lot’s of ideas ) ,Flexibility ( Accepting the possibility of more than one answer to a problem or more than one use for an object ), Originality ( Creating ideas which unusual or different ) and Elaboration ( Taking an idea one step further) .

 

 

 

THOUGHTS FOR THE WEEK

“ An apple a day keeps doctor away”

REMEMBER

Our love keeps our children closer everyday .

 

 

 

NEXT UPDATE  15th  Sept 2017

 

 

 

LEARNING NUMBER IN FUN WAY

Assalamualaikum dan salam sejahtera kami dari anakkita mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda semua…

 

Kebanyakkan Ibubapa pada zaman sekarang berkerja sepenuh masa dan kadang-kadang tidak mempunyai masa untuk mengajar anak mereka walaupun di hujung minggu.Namun kita sebagai Ibubapa selalunya lupa bahawa kita adalah guru mereka yang pertama di rumah dan tanpa sedar kita sebenarnya mengajar anakkita semenjak mereka lahir lagi.

Contohnya:

Bahasa perbualan kita,Anakkita boleh belajar bertutur Bahasa perbualan kita mahupun bahasa kedua tanpa kita mengajarnya hanya daripada pendengaran sahaja.Ini kerana pada peringkat awal tumbesaran anakkita mempunyai tahap pendengaran yang sangat bagus serta minda yang cerdas untuk belajar sesuatu bahasa itu untuk berhubung dengan kita.

Sepertimana anda tahu zaman sekarang anakkita jauh lebih bijak daripada kita dahulu kerana mereka mempunyai kebolehan untuk belajar apa sahaja di dunia ini hanya daripada melihat dan mendengar .Jika kita boleh meluangkan masa kita walaupun hanya 5 minit dalam seminggu untuk mendedahkan anakkita kepada segala perkara maka kita boleh membantu untuk belajar apa sahaja di dunia ini.

 

INGAT,

Anakkita hanya muda sekali sahaja dalam hidup kita luangkan masa kita sebanyak mana kita mampu dengan mereka bukan sekadar hanya untuk mengajar malah untuk menyayangi dan mengenali mereka dengan lebih rapat lagi kerana jika kita terlepas masa itu kita akan kehilangan selama-lamanya.

 

 

 AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH MEMBANTU ANAKKITA BELAJAR MENGENALI KONSEP NOMBOR

1)      Ada banyak peluang di mana kita boleh mengambil kesempatan untuk mengajar anakkita tentang penggunaan nombor dalam semua perkara seperti :

a)      Papan tanda had laju di jalan raya

b)      Nombor rumah kita

c)       Nombor telefon kita

d)      Nombor jam di dinding rumah kita

e)      Nombor muka surat apabila kita membaca buku

 

Selain nombor kita juga boleh membantu anakkita belajar untuk membandingkan dan faham kepada saiz sesuatu objek seperti Kaki siapa yang besar?,Tangan siapa yang kecil? Atau Siapa yang lebih tinggi ?

 

2)      Menggunakan Cardboard untuk memotong 10 keping mengikut saiz kaki anakkita serta tulis nombor 1 hingga 10 di atasnya kemudian susun mengikut langkah anakkita untuk berjalan dan suruh anakkita berjalan di atas Cardboard tersebut sambil mengira kepada setiap langkah yang di ambilnya.

3)      Semasa memandu kereta dalam perjalanan pulang ke rumah atau balik ke kampung kita juga boleh bermain permainan nombor seperti kita berkata nombor 1 dan biarkan anakkita berkata nombor 2 dan kita menyambung dengan berkata nombor 3 dan seterusnya.Kemudian tanya soalan kepada anakkita seperti nombor apa yang datang sebelum nombor 4 ? atau nombor apa yang datang selepas nombor 5 ?

4)      Ambil 10 manik dan letakkan di atas meja sambil di perhatikan oleh anakkita kemudian alihkan beberapa manik dan tanya soalan kepada anakkita ada berapa manik yang tinggal di atas meja sekarang ? Kalau boleh minta mereka untuk mengiranya jika mereka tidak tahu bantulah mereka untuk mengira sambil meletakkan jari kita kepada setiap manik yang kita mengira.

5)      Galakkan anakkita menonton program-program yang mengajar tentang nombor kalau boleh tontonlah bersama dengan mereka kerana jika anakkita tidak faham mereka boleh bertanya kepada kita sebab TV tidak boleh menjawab soalan mereka.

6)      Belilah permainan –permainan yang boleh membina kreativiti minda anakkita serta mengajar mereka penggunaan nombor seperti permainan Ular dan Tangga yang menggunakan dadu bernombor atau permainan Saidina di mana ia menggunakan wang untuk membeli sesuatu harta benda .Permainan ini juga memerlukan kita mengira sebelum kita bermain.

7)      Kalau boleh mulakan permainan nombor dengan anakkita menggunakan objek-objek yang sedia ada di rumah kita seperti TV,MEJA MAKAN,SOFA,ALMARI,KASUT ATAU SEBAGAINNYA.Tanya soalan kepada anakkita seperti kita ada berapa meja dan kerusi makan? Atau Adik ada berapa kasut ?

8)      Mengajar anakkita nombor dan kuantitinya dengan mudah adalah melalui anggota badan mereka semasa kita memandikan mereka kerana selalunya kanak-kanak suka bermain dengan air,kita boleh tanya soalan-soalan seperti berapa tangan kita menggunakan untuk menyabun badan kita ? Atau Berapa jari tangan kita menggunakan untuk memegang berus gigi  ?

 

 

elephant

 

MINI DATA,

Sebuah Taman Binatang di Pataya Thailand di mana seekor khinzir yang boleh mengambil kad jawapan yang betul apabila penjaganya memanggil dan memberitahu untuk mengambil jawapan kepada soalan 2 + 2 berapa ? atau 2 x 4 berapa ? Kita semua kagum apabila melihat khinzir itu boleh membawa kad jawapan yang betul kepada penjaganya malah ia juga boleh faham dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Kantonis selain daripada Bahasa Thailand.

Bayangkan jika seorang manusia boleh  mengajar binatang untuk membuat sesuatu perkara yang hanya boleh di lakukan oleh manusia selama ini ,Ini menunjukkan bahawa manusia mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk melakukan apa sahaja di dunia ini jika mereka berusaha.

 

 

Kita sebenarnya mempunyai banyak peluang di sekeliling kita untuk mengajar anakkita tentang NOMBOR,WARNA,BENTUK ATAU SEBAGAINYA. Dan apa yang kita perlu adalah usaha kita untuk melakukannya kerana anakkita tidak memerlukan kita untuk mengajar mereka 24 jam sehari tetapi apa yang mereka mahu adalah tunjuk ajar daripada kita untuk belajar mengenali persekitaran mereka.Anakkita hanya mengambil 50 % pengajaran daripada kita untuk belajar dan selebihnya adalah melalui pendedahan mereka sendiri iaitu melalui deria Penglihatan,Pendengaran,Sentuhan,Rasa dan Menghidu yang membina keinginan mereka untuk ingin tahu dan belajar tentang Diri,Kebolehan dan Persekitaran mereka.

 

 

 

THOUGHTS FOR THE WEEK

“ Life is full of adventure “

REMEMBER

If we don’t explore then we won’t know what we miss.

 

 

 NEXT UPDATE 15th  Aug 2017

INTRODUCING NUMBERS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca Blog Anakkita dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana masih lagi setia menanti dan menunggu untuk topik yang baru dari Blog anakkita .

 

Ibubapa selalunya teruja apabila kawan atau saudara kita mendengar anakkita yang berumur 3 tahun boleh mengira 1 hingga 10 ,Ini bukan bererti kita bangga dengan kebolehan anakkita di depan mereka kerana anakkita boleh mengira walaupun mereka masih kecil lagi.Tetapi kebanggaan ini akan membuat anakkita merasa seronok tentang diri mereka dan bangga dengan kebolehannya serta mahu berusaha lagi apabila mereka mendapat pujian daripada orang lain selain daripada Ibubapa mereka.Kita sebagai Ibubapa harus memberi pujian kepada setiap kebolehan anakkita dalam semua pembelajaran harian mahupun dalam hidup mereka kerana setiap kepujian itu akan mengalakkan anakkita mempunyai satu keinginan untuk belajar kepada semua perkara dalam diri mereka.

 

REMEMBER,

The more we praise them, The more they will please us.

 

INGAT,

Hanya sekadar mengajar anakkita untuk mengira nombor 1 hingga 10 tidak semestinya ia memadai dalam pembelajaran mereka.Apa yang kita mahu supaya anakkita mempunyai satu kefahaman kepada konsep nombor iaitu kuantiti tersebut.

 

Jika anakkita tidak dapat sebut atau faham bahawa ada 3 cawan di atas meja atau ada 2 tangan di badan kita ini bermaksud hanya tahu mengira sahaja tidak akan bermakna kepada anakkita sebagai Ibubapa kita harus mendedahkan anakkita daripada peringkat awal lagi kepada konsep nombor dan kuantitinya seperti  “ Apabila kita ingin memberikan 2 biskut kepada anakkita yang berumur 2 tahun katakan ‘ SATU ‘ kepada biskut pertama dan ‘ DUA ‘ kepada biskut kedua apabila anakkita mengambilnya dari tangan kita.

Jika kita selalu mengunakan nombor dalam perbualan kita dengan anakkita seperti menyuruh mereka untuk mengambil sesuatu benda yang mempunyai lebih dari satu kuantiti ini secara tidak langsung akan memberi anakkita satu kefahaman kepada jumlah sesuatu nombor itu.Pembelajaran ini akan mengajar anakkita untuk faham erti konsep nombor iaitu seperti ‘ DUA’ bermaksud ada 2 benda walaupun ia tidak sama warna atau bentuk.

 

Cara yang paling bagus untuk mengajar anakkita kepada konsep nombor adalah melalui RANGSANGAN  MINDA yang memberi keseronokkan kepada anakkita seperti memberikan sesuatu objek yang mempunyai lebih daripada satu kuantiti kepada anakkita untuk bermain dan tanya soalan di mana ia mengalakkan mereka untuk mencari jawapan menggunakan objek tersebut.Kita sebagai Ibubapa harus memberikan anakkita peluang-peluang untuk menerokai dengan sendiri untuk faham kepada konsep nombor dan kuantitinya serta bagaimana ia boleh di gunakan dalam perbualan atau pembelajaran harian mereka.

 

PENGALAMAN KAMI      

Sewaktu Arissa berumur 2 tahun kami mula menggunakan nombor dalam perbualan kami semasa memberi susunya di mana kami selalu memberitahu Arissa bahawa kami menggunakan 6 sudu ( sukatan ) untuk membuat susunya atau 3 sudu selepas Arissa mengambil makanan pepejal seperti bubur atau nasi.Kini Arissa berumur 4 tahun boleh memberitahu kami menggunakan jarinya untuk mengatakan berapa sudu yang dia mahu dalan susunya seperti bila Arissa tidak ada selera makan makanan pejal dia akan meminta 6 sudu atau lebih untuk susunya atau selepas makan malam bersama kita dia hanya akan minta 3 sudu sahaja sebelum dia tidur.Cara yang mudah ini mengajar Arissa mengenal jumlah sesuatu nombor tersebut dan kini kami juga menggunakan cara yang sama kepada adiknya Ariana yang berumur 2 tahun untuk memberi minuman kesukaannya iaitu milo bercampur dengan susu tepung tanpa gula.

 

 

 

 

 

INGAT,

Kejayaan seseorang itu terletak pada usahanya untuk mencuba bukan mengelak daripadanya.   

 

Ramai di antara kita tidak sedar bahawa setiap kehidupan manusia berhubung kait dengan nombor seperti  :  Dunia kita wujud dalam masa 6 malam 7 hari dan  mempunyai 7 lapisan langit serta ia juga mengandungi 7 jenis tanah dan 7 jenis saliran air malah tidak ketinggalan juga bahawa manusia juga mempunyai 7 jenis perasaan dalam diri mereka .Oleh itu untuk mengajar nombor kepada anakkita bukanlah satu perkara yang susah cuma kita tidak berusaha untuk mengambil tahu cara-cara untuk mengajar mereka.Sila ikuti Blog Anakkita di minggu depan untuk mengetahui cara-cara dan aktiviti-aktiviti yang boleh membantu anakkita mengenal kepada konsep nombor dan kuantitinya.

 

 

MINI DATA,

Nombor atau matematik memainkan satu peranan penting dalam kehidupan seseorang manusia jika seseorang itu mahir dalam matematik maka dia mempunyai satu minda ( problem solving skill ) yang berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah serta mempunyai satu ilham untuk membina atau memperbaiki sesuatu benda dengan senang.

 

 

THOUGHTS FOR THE WEEK 

As one says,

“ NO PAIN NO GAIN “

REMEMBER

Teaching our children is not an easy job

BUT

that’s what makes the teaching more exciting.

 

 

  

 NEXT UPDATE  15 th  Jun 2017

PARENTS ARE ROLE MODAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia blog anakkita,Terlebih dahulu kami mengucapkan Selamat menyambut Bulan Ramadhan kepada semua Umat Islam dan Alhamdullilah semoga kita di berikan kesabaran dalam menjalani ibadah puasa tahun 2017.

 

RAMADHAN

 

“RAMADHAN BULAN BERIBADAH,

KAMI SEKELUARGA MEMOHON

MAAF DAN SEMOGA KITA MENDAPAT KEBERKATAN

DAN HIDAYAH PADA RAMADHAN TAHUN INI.

 

 

IMG-20170401-WA0008

 

Di bulan yang mulia ini marilah kita memaafkan kesilapan yang lepas,mengeratkan silatulrahim kita dan bersyukur kepada rezeki yang dilimpahkan oleh ALLAH S.W.T kepada kita.

***Berbanyakkan amalan ibadah kita pada bulan ramadhan ini semoga ALLAH berkati hidup kita semua.AMIN.

 

Ibubapa adalah seorang guru dan Role Modal yang baik kepada anakkita untuk belajar tatatertib dan sopan santun.Kita juga harus menunjukkan satu teladan yang baik dalam didikan kita kepada anakkita supaya mereka menjadi seorang anak yang soleh dan solehah.Mengajar anakkita untuk mempunyai akhlak yang mulia dan kelakuan yang baik bukanlah satu perkara yang sukar namun ia juga bukan satu perkara yang mudah kerana apabila anakkita membesar mereka dikelilingi oleh pelbagai pendedahan dalam pembelajaran harian mereka seperti dirumah,disekolah,ditempat awam atau daripada kawan-kawan mereka.

 

Jika kita tidak menjalankan peranan kita sebagai seorang Ibubapa dan tidak mengambil berat tentang pembelajaran harian mereka seperti:

1)      Tidak  memberi perhatian kita semasa anakkita membesar

2)      Tidak membetulkan sesuatu kesilapan anakkita dalam pertuturan ataupun kelakuan mereka

3)      Tidak memberi penjelasan yang sewajarnya kepada soalan-soalan ingin tahu anakkita

4)      Tidak menunjukkan kasih sayang kita kepada anakkita

5)      Tidak saksama dan adil dalam didikan kita

 

Secara tidak langsung perkara ini akan menyebabkan anakkita memberi perhatian mereka kepada pendedahan persekitaran mereka untuk belajar dengan sendiri kepada sesuatu perkara atau kelakuan yang tidak baik walaupun anakkita mempunyai daya pemikiran dan minda yang tajam untuk belajar semua perkara NAMUN MEREKA MASIH TIDAK BOLEH MEMBEZAKAN SESUATU PERTUTURAN ATAU KELAKUAN ITU SAMADA  IA BAIK ATAU BURUK . Mereka hanya akan mengetahuinya jika sesuatu perbuatan itu tidak baik apabila kita menegurnya.

Ini kerana anakkita mempunyai satu perasaan ingin tahu dalam diri mereka dimana perasaan ini akan mewujudkan satu keinginan untuk ingin tahu apa yang sedang berlaku di persekitaran mereka semasa membesar dan jika kita tidak mengambil peluang ini untuk mengajar mereka kepada kelakuan yang baik daripada peringkat awal lagi maka IA AKAN MENJADI SATU PERKARA YANG SUKAR KEPADA KITA UNTUK MENANAM SIFAT-SIFAT  YANG BAIK KEPADA ANAKKITA KELAK NANTI.

 

 

 

INGAT,

Anakkita belajar 50% dunia mereka melalui pendedahan daripada persekitaran mereka dan selebihnya melalui pengajaran daripada kita sebagai guru mereka yang pertama.

 

 

AMALAN-AMALAN YANG BAIK DI MANA ANAKKITA BOLEH MENCONTOHI DARIPADA KITA

 

1) Selalu menunjukkan kasih sayang kita dan menghormati orang tua kita

-Amalan ini akan mengajar anakkita walaupun kita sudah tua namun kita masih menghormati dan menyayangi  kedua ibubapa kita.

 

2)    Menyiapkan sesuatu tugasan atau membuat sesuatu permintaan yang diberikan oleh pasangan kita mahupun daripada anakkita dengan rela hati.

-Amalan ini akan memberitahu anakkita bahawa ibubapa juga menunaikan permintaan mereka dan secara tidak langsung mengajar anakkita untuk mempunyai satu tanggungjawab dalam diri mereka .

 

3) Menggunakan pertuturan bahasa yang betul dalam perbualan harian kita dan pengajaran kita dengan anakkita.

-Amalan ini bukan sahaja meningkatkan vocabulary anakkita malah mengajar mereka penggunaan bahasa yang betul untuk berkomunikasi .

 

4) Selalu menggunakan perkataan “Please dan Thank You” apabila anakkita membuat sesuatu permintaan kita dengan rela hati dan MEMINTA MAAF jika kita membuat kesilapan atau mengasari anakkita walaupun mereka hanya berumur 3 tahun.

-Amalan ini akan mengajar anakkita belajar menggunakan perkataan yang betul dalam permintaan mereka malah ia juga memberitahu mereka bahawa walaupun orang dewasa tidak semestinya betul dalam semua perkara.

 

5) Jika terpaksa menghukum anakkita atas kedegilan mereka kita harus menerangkan kepada mereka mengapa kita mengambil tindakan seperti berikut.

-Tindakan dan penjelasan kita akan memberitahu anakkita bahawa sesuatu kesalahan itu mempunyai balasan dan akibatnya.

 

6) Dalam pertengkaran kita tidak menengking atau menggunakan perkataan-perkataan kesat kepada pasangan kita di depan anakkita tetapi kita berbicara untuk menyelesaikan sesuatu masalah kita

-Keadaan ini akan mengajar anakkita bahawa sesuatu pertengkaran atau perselisihan faham boleh diselesaikan dengan cara damai tanpa menyakiti perasaan kita.

 

7) Sentiasa berbincang dalam semua pembelian kita sambil menunjukkan kepada anakkita cara-cara untuk menyimpan wang lebihan kita.

-Cara ini akan mengajar anakkita untuk berjimat cermat dan mempunyai tabiat suka menyimpan daripada peringkat awal dan ia juga membantu anakkita dalam pengurusan kewangan mereka kelak nanti.

 

8 ) Sentiasa menghargai usaha anakkita dan memberi pujian kepada kejayaan mereka dalam semua perkara.

-Amalan ini akan mengajar anakkita untuk mempunyai satu semangat untuk terus mencuba dalam usaha mereka serta ia juga memberi satu keinginan untuk berjaya dalam hidup mereka.

 

9) Sentiasa meluangkan masa kita untuk berbual,bermain dan mengajar anakkita.

-Amalan ini akan merapatkan silaturrahim kita dengan anakkita dan mengajar kita untuk saling mengenali dan percaya antara satu sama lain dengan lebih mendalam lagi malah ia juga akan membantu untuk memperbaiki kesilapan masing-masing.

 

10) Tunjukkan anakkita kepada amalan-amalan yang baik seperti Mendirikan Solat,Berpuasa,Memberi Sedekah kepada orang fakir dan miskin,Memberi Pertolongan kepada yang memerlukan,Membaca Buku,Berkongsi Makanan atau Ilmu dan Suka Membantu antara satu sama lain.

-Amalan-amalan ini akan membantu anakkita dalam perjalanan hidup mereka kerana amalan-amalan ini anakkita tidak akan belajar melalui buku tetapi daripada kita sebgagai ibubapa mereka dan amalan-amalan ini juga yang menjadikan anakkita seorang ibubapa yang baik apabila mereka mengajar anak mereka satu hari nanti.

 

 

ARISSA PHOTO

 

ARIANA PHOTO

 

MINIDATA,

Anakkita hanya muda sekali sahaja dalam hidup kita dan jika kita terlepas peluang ini untuk membuat perkara yang betul maka kita akan menyesal seumur hidup kita nanti.

 

 

 

 

THOUGHTS FOR THE WEEK

“A seed needs rain and shine to grow”

 REMEMBER

 “A child needs love and guidance from us to

become a  person.”

 

NEXT UPDATE  15th  MAY  2017

BABY TALK- USE PROPER ENGLISH

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia blog anakkita,Kami doakan semuannya sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang.

 

Sebagai seorang Ibubapa kita harus berkomunikasi dengan anakkita menggunakan bahasa yang betul dan jelas dalam pertuturan kita.Ini kerana anakkita belajar bahasa perbualan kita dengan mudah hanya daripada mendengar perbualan ini di rumah sejak mereka lahir.Jika kita menggunakan vocabulary yang terhad atau penggunaan bahasa yang tidak betul dalam pertuturan kita kepada anakkita maka pendedahan ini akan menghadkan kemahiran komunikasi anakkita untuk berkembang atau bertutur dengan lancar.

Ibubapa adalah guru yang pertama untuk mengajar anakkita berkomunikasi dengan menggunakan penggunaan bahasa dengan betul.Seperti mana yang anda tahu bahasa adalah satu kemahiran di mana ia bukan sahaja membolehkan kita berhubung sesama manusia malah ia juga membantu kita belajar mengenali sesuatu budaya ,bangsa atau kemahiran-kemahiran yang lain yang boleh membantu kita dalam perjalanan hidup kita.

 

KENAPA BAHASA INGGERIS AMAT PENTING PADA ZAMAN SEKARANG  ?

Ramai di antara kita tidak akan menafikan bahawa Bahasa Inggeris adalah satu bahasa yang sangat penting dalam hidup manusia sekarang kerana ia adalah bahasa pengantaraan dunia kita di mana seluruh Negara di dunia ini menggunakan ia sebagai  bahasa perhubungan dalam Perdagangan ,Perindustrian,Perubatan ,Pembangunan,Kewangan dan Ekonomi kita malah ia juga membina sesebuah negara atau masyarakat itu untuk terus maju dan Bahasa Inggeris juga membantu kita dalam kerjaya kita.

 

ADAKAH SUSAH UNTUK ANAKKITA BELAJAR BAHASA YANG LAIN SELAIN DARI PADA BAHASA KITA ?

JAWAPANNYA ADALAH TIDAK  !!!!!

 

KERANA  -Allah mengkurniakan  satu alat yang penting dan berguna kepada manusia iaitu LIDAH di mana lidah manusia ini mempunyai kepakaran untuk bertutur sebanyak 5000 bahasa di dunia sekarang sedangkan semua manusia di dunia ini mempunyai satu lidah yang sama sahaja.Namun kita sebagai Ibubapa selalu lupa bahawa anakkita mempunyai 50% perkembangan minda untuk belajar pada 4 tahun yang pertama.Dan  pembelajaran bahasa adalah satu perkara yang semulajadi kepada anakkita kerana sewaktu anakkita berumur 6 bulan ke atas mereka mengeluarkan bunyi atau Babble menggunakan sehingga 150 nada di mana ia mengandungi dalam seluruh bahasa di dunia ini,Jadi untuk belajar satu bahasa yang lain adalah satu perkara yang mudah bagi anakkita jika kita mendedahkan mereka dalam bahasa itu daripada peringkat awal lagi .

 

KEBANGGAAN KAMI,

Walaupun kami tidak mempunyai pendidikan yang tinggi namun kami suka membaca dan mempunyai keinginan untuk belajar daripada pergaulan dan persekitaran kami.Di sebabkan ini dan daripada keturunan kami yang berlainan membolehkan kami untuk berkomunikasi dalam beberapa bahasa dengan anak kami di mana saya seorang berbangsa india dan isteri saya pula seorang berbangsa melayu dan saya boleh bertutur Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Bahasa Tamil dan Bahasa Kantonis dan Isteri saya boleh bertutur Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Bahasa Jawa,Bahasa Bugis dan Boleh faham bahasa Tamil.

Anak kami  ARISSA ( 9 Tahun ) , ARIANA ( 7  Tahun ) , ALIYYA ( 4 Tahun ) dan DANISH ( 11 Bulan ) boleh faham dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil.Ini kerana kita mendedahkan anak kami dalam bahasa-bahasa ini sejak mereka lahir lagi dan kami juga bercadang untuk mengenalkan Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab kepada anak kami kelak nanti.Pendedahan bahasa serta penerangan kami menggunakan sebutan dan perkataan yang betul dalam pertuturan kami membolehkan ARISSA,ARIANA dan ALIYYA mempunyai pemikiran yang luas serta vocabulary yang tinggi dalam pertuturannya dan DANISH pula boleh faham setiap apa yang kami suruh atau sebut walaupun Danish baru 11 bulan.

 

Jpeg

 

 

 

DO YOU KNOW ?

A Child who is learning language has no idea what is or isn’t correct English and therefore follows the lead of his parents, neighbours or friends and speak as they do.

 

 

 

MINI DATA,

Jika anakkita boleh bertutur lebih daripada satu bahasa maka anakkita adalah seorang yang bijak kerana apabila anakkita menggunakan 2 bahasa untuk belajar sesuatu perkara.Ini bermaksud bahawa minda anakkita akan berhubung dan berkembang secara menyeluruh di mana ia akan meningkatkan kebijaksaan anakkita untuk belajar dan faham dengan mudah kepada semua pembelajaran mereka.

 

ANDA TAHU TAK  ?

Orang yang pandai tidak semestinya bijak tetapi orang yang bijak selalunya pandai dalam semua perkara.

 

 

Ibubapa harus mengajar anakkita menggunakan GRAMMAR yang betul pada peringkat awal dalam pengajaran Bahasa Inggeris samada dalam pertuturan atau pembacaan kita kerana ia akan membantu anakkita dalam pembelajaran mereka kelak nanti di alam persekolahannya dan cara yang paling baik untuk mengajar anakkita menggunakan GRAMMAR yang betul adalah mendengar dengan teliti pertuturan mereka dan apabila anakkita membuat kesilapan penggunaan GRAMMAR dalam ayat mereka kita harus membetulkannya pada masa yang sama kerana anakkita akan ingat dan belajar untuk faham pada masa yang sama daripada kita.

 

INGAT,

Jika kita percaya dan yakin dengan kebolehan anakkita maka anakkita akan belajar sesuatu bahasa itu daripada kita tanpa apa-apa kesukaran kerana anakkita mula belajar bercakap daripada kita di rumah terlebih dahulu.

 

Bagi anakkita yang masih belajar untuk menggunakan perkataan dalam ayat mereka kita boleh membantu mereka dengan cara mengulang apa yang anakkita kata menggunakan GRAMMAR yang betul dalam ayat mereka seperti  :

Jika anakkita berkata “ I gots two books “ kita boleh membetulkannya dengan cara bertanya iaitu  “You have two books ?” atau dengan cara bersetuju iaitu “ Oh ,you have two books “

Ini adalah kesilapan-kesilapan  GRAMMAR yang biasa anakkita atau kita buat dalam pertuturan Bahasa Inggeris seperti :

1)      ( I  don’t got ) instead of  ( I  don’t have )

2)      ( I done ) instead of ( I did )

3)      ( Can I ? ) instead of ( May  I )

4)      ( I don’t feel good ) instead of ( I don’t feel well )

 

Cara yang paling mudah untuk kita belajar penggunaan GRAMMAR yang betul dalam Bahasa Inggeris adalah melalui pembacaan buku atau suratkhabar kerana bukan saja ia memberitahu kita kepada sesuatu perkara atau isu-isu semasa malah ia juga membantu kita belajar penggunaan GRAMMAR yang betul dalam ayat Bahasa Inggeris.

 

Bagi anakkita yang berumur 4 tahun keatas kita boleh mengajar mereka dengan cara membawa perhatian mereka untuk belajar Bahasa Inggeris seperti  :

1)      Selalu membacakan buku cerita dalam Bahasa Inggeris.

2)      Menulis perkataan atau ayat yang di sebut oleh anakkita di kertas sambil di perhatikan oleh mereka.

3)      Menggunakan bahan-bahan pengajaran dalam Bahasa Inggeris secara interaktif melalui TV atau Komputer.

Pendedahan seperti ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran komunikasi anakkita malah kemahiran penulisan mereka juga.

 

 

 

MINI DATA,

The most important job is to learn to listen to and hear what you say ,If you make the effort to improve your own GRAMMAR then you will be setting a great example for  your child .The self discipline required and the desire to improve are both worthwhile qualities to nurture .

 

 

 

 

THOUGHTS FOR THE WEEK

 

“Reading makes a person more knowledgeable than others “

 REMEMBER

 Reading to a child is more wonderful experiences altogether.

 

 

 

NEXT UPDATE  16 th   April  2017

 

          

BABY TALK – USE PROPER WORDS

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog anakkita,semoga semua berada di dalam lindungannya.

 

Ramai Ibubapa sekarang masih berkomunikasi dengan anak mereka menggunakan bahasa “ Baby Talk “ iaitu menggunakan sebutan-sebutan yang tidak penuh atau tidak betul untuk memberi tahu atau mengajar sesuatu perkara kepada anakkita sewaktu mereka masih kecil lagi.Ramai di antara kalangan Ibubapa masih menggangap bahawa  anakkita mudah faham dengan bahasa “Baby Talk “ ini apabila kita bercakap dengan mereka,TETAPI kita lupa bahawa zaman sekarang anakkita jauh lebih bijak daripada kita dahulu dan mempunyai kebolehan untuk belajar atau menguasai apa sahaja yang mereka lihat dan dengar tanpa bantuan kita malah anakkita juga mempunyai ingatan yang sangat bagus daripada kita.

Kebijaksanaan ini yang ada pada anakkita adalah satu perkara semulajadi namun pakar kanak-kanak berpendapat jika Ibubapa memainkan peranan mereka untuk mendidik dan mendedahkan anakkita kepada semua perkara maka anakkita akan mempunyai kebijaksanaan yang menyeluruh yang boleh  membantu mereka untuk berpotensi penuh.

 

 

Peranan Ibubapa dalam penjagaan bayi  adalah penyumbang utama dalam pembinaan kebijaksanaan kepada anakkita .Di mana Ibubapa sekarang mempunyai pendidikan serta ilmu dalam penjagaan bayi walaupun anakkita masih dalam kandungan lagi iaitu :

  1. Ibu yang mengandung, selalunya menjaga kesihatan mereka dengan senaman seperti berenang,berjalan kaki atau membuat kerja yang mengerakkan seluruh otot mereka dan makan makanan yang berkhasiat bagi menjaga tumbesaran bayi dan kelahiran tanpa apa-apa kesulitan.
  2. Selepas susu badan ,Ibu sekarang  memberi anakkita makanan tambahan yang mempunyai banyak khasiat untuk perkembangan minda dan tumbesaran mereka.
  3. Selepas kelahiran ,anakkita di dedahkan dengan pelbagai suasana seperti tempat ,buku,objek dan persekitaran kita.Pendedahan seperti ini banyak membantu anakkita dalam perkembangan,pengetahuan serta pertuturan mereka.

 

 

Oleh itu , Jika kita selalu menggunakan bahasa “ Baby Talk “ kepada anakkita maka perkembangan vocabulary anakkita adalah sedikit dan ia akan menghalang perkembangan pertuturan anakkita.Ibubapa harus berkomunikasi dengan anakkita menggunakan BAHASA DEWASA iaitu menggunakan bahasa kita harian dengan sebutan –sebutan yang penuh dan betul apabila kita bercakap dengan anakkita.Seperti  :

  1. Do you want more wa-wa ?   instead of saying ,Would you like some water ?
  2. Do you want mum-mum ?  instead of saying, Do you want to eat ?
  3. See the miow ?  instead of saying ,Do you see the cat  ?

 

Kadang-kadang Ibubapa merasa ia sangat comel apabila kita menggunakan bahasa “Baby Talk” pada anakkita bila mereka mula belajar untuk bercakap atau bila mereka memberi respon dalam bahasa itu kepada kita.Ramai ibubapa tidak sedar bahawa pendedahan seperti ini akan mengurangkan perkembangan vocabulary kepada anakkita dan sebagai ibubapa kita harus menggunakan bahasa yang betul iaitu bahasa yang kita gunakan untuk berkomunikasi dengan orang dewasa sebagai bahasa pertuturan kita dengan anakkita dan jangan risau tentang kebolehan anakkita untuk faham kepada apa yang kita cakap kerana anakkita mempunyai kebolehan untuk belajar bercakap bahasa tanpa kita mengajar dan jangan lupa juga bahawa 75% pembelajaran anakkita adalah melalui PENDENGARAN.Jika mereka selalu dengar perkataan yang kita sebut dengan sebutan yang betul dan penuh maka ia akan meningkatkan vocabulary anakkita dalam pertuturan mereka.

 

 

 

INGAT,

Pendedahan vocabulary yang luas kepada anakkita akan memberi banyak peluang kepada mereka untuk faham apa yang mereka dengar dan baca malah ia juga akan membantu anakkita dalam penulisan mereka.

 

Kita sebagai Ibubapa mempunyai peluang yang sangat bagus untuk mempengaruhi dalam perkembangan vocabulary anakkita dan secara tidak langsung ia akan membantu anakkita dalam kemahiran pembacaan,pertuturan dan penulisan kerana kemahiran ini sebenarnya bersangkut paut di antara satu sama lain.Kita juga boleh membantu anakkita untuk meningkatkan vocabulary mereka iaitu mendedahkan anakkita kepada pelbagai perkara dan benda serta persekitaran dalam hidup mereka untuk belajar seperti    :

 

  1. Selalu membacakan buku kepada anakkita
  2. Bercakap dengan anakkita menggunakan banyak perkataan dengan sebutan yang penuh dan betul.
  3. Membawa anakkita ke tempat yang mengcungkil perasaan ingin tahu mereka untuk bertanya.
  4. Membuat sesuatu tugasan bersama seperti membuat urusan di bank,di pejabat pos,membeli barangan dapur atau ke tempat kerja kita.

 

 

Pendedahan seperti ini akan memberi anakkita satu pengalaman yang baru serta pendedahan kepada banyak perkara untuk berbual dengan kita seperti selepas selesai sesuatu lawatan  kita harus berbincang dengan anakkita tentang tujuan kita ke tempat tersebut,apa yang kita nampak dan dengar atau apa yang kita belajar bersama.

 

 

MINI DATA,

Vocabulary  anakkita di bina melalui pengalaman mereka di mana lebih banyak pengalaman anakkita maka lebih banyak perkataan mereka dapat dan belajar untuk menggunakannya.Apabila anakkita menggunakan sesuatu perkataan yang baru dalam pertuturan mereka ini bermaksud  bahawa anakkita sudah belajar dan faham dengan perkataan baru itu.

 

Perkataan-perkataan yang baru di mana anakkita belajar samada daripada kita ,pengalaman mereka mahupun daripada persekitaran mereka .Ia akan membuka minda anakkita untuk belajar mengenali diri dan dunia mereka dengan lebih mudah.Jika kita selalu berbual dengan anakkita tentang pengalaman mereka,sesuatu tempat,benda atau sesuatu perkara tanpa kita sedar kita akan menggunakan banyak perkataan dalam penjelasan kita kepada anakkita.Ini secara tidak langsung akan memberi anakkita satu keinginan untuk bertanya 5 soalan yang mengcungkil perasaan ingin tahu mereka untuk belajar dunia persekitaran mereka seperti soalan-soalan ini iaitu 5 PROBING QUESTION ( WHY,WHAT,WHEN,WHERE AND HOW )

 

 

 

Soalan-soalan seperti ini bukan sahaja memberangsangkan minda anakkita dalam perkembangan pengetahuan mereka malah kita akan menggunakan banyak perkataan dalam jawapan kita kepada mereka dan ini akan memberi anakkita satu pendedahan vocabulary yang luas .Sebagai Ibubapa apa yang kita perlu buat adalah “ TUNJUK DAN MEMBERITAHU “ sesuatu perkara atau benda kepada anakkita menggunakan perkataan yang betul dan anakkita lebih selesa belajar dengan kita daripada guru mereka di sekolah pada peringkat awal kerana KITA ADALAH IBUBAPA ,KAWAN DAN GURU MEREKA YANG PERTAMA DI RUMAH .Dan anakkita tidak akan merasa janggal ,malu atau takut jika mereka membuat kesilapan dalam pertuturan mereka kerana  mereka tahu kita tidak akan marah sebab kita sayang mereka.

INGAT,

Kasih sayang seorang Ibubapa adalah kunci utama kejayaan anakkita .

 

 

Jpeg

 

 

THOUGHTS FOR THE WEEK

 

“ Life is all about learning and teaching one another “

REMEMBER

Our child learns how to talk, to share and to love from us.

 

 

 

 

NEXT UPDATE 15TH  March  2017

LEARNING TO WRITE

Assalamualaikum dan Salam sejahtera  kepada pembaca setia blog anakkita semoga sentiasa ceria dan berbahagia selalu di samping orang-orang tersayang.

 

Banyak pintu akan terbuka  kepada anakkita untuk belajar atau faham kepada seluruh perkara dalam dunia kita apabila anakkita mula membaca buku.Perkataan dalam buku akan memberi satu kefahaman dan pengalaman yang baru kepada anakkita apabila mereka faham maksudnya kepada sesuatu perkataan itu yang mereka lihat atau kenal dan apabila mereka mula mengenal  kepada setiap huruf,abjad dan bunyinya anakkita akan mula sedar bahawa huruf abjad yang menjadikan sesuatu perkataan itu dalam buku mereka.Dan ini akan membuatkan mereka untuk menulis huruf atau perkataan mereka sendiri supaya mereka boleh membaca atau menyebut apa yang mereka tulis di kertas itu kepada kita.

1)      Membuat latihan menulis abjad selalu

2)      Melukis gambar atau bentuk mengikut garisan

3)      Menggunakan pencetak abjad pada geometri set untuk mencetak abjad di kertas

Cara ini bukan sahaja membantu anakkita mengenal abjad malah ia akan memberi satu kordinasi kepada tangan mereka untuk memegang pensil dengan betul supaya mereka boleh menulis huruf abjad dengan cara yang betul.

 

 

 

INGAT,

Ibubapa harus faham bahawa apabila anakkita mula belajar menulis sesuatu huruf atau perkataan buat pertama kalinya dalam hidup mereka selalunya penulisan mereka tidak akan lancar atau betul sama seperti bila anakkita mula belajar makan dengan menggunakan tangan mereka sendiri.

 

Akan tetapi ,Pengalaman ini akan memberi satu keseronokkan kepada mereka dan bangga dengan kebolehannya kerana kini mereka boleh menulis.

Galakkan ,Semangat dan keyakinan kita kepada anakkita akan membuat mereka belajar dengan cepat dalam penulisan mereka.Jika kita menjadikan pengajaran ini sebagai satu pembelajaran yang menyeronokkan maka anakkita akan cepat pandai kerana mereka SUKA BUKAN TERPAKSA .

 

KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH IBUBAPA SEMASA MENGAJAR ANAKKITA MENULIS

 

Sepertimana anda tahu, Otak manusia mempunyai 2 ruang pemikiran iaitu Hemisfera Kanan dan Hemisfera Kiri.Dan setiap anakkita menggunakan 2 Himesfera ini sebagai satu alat untuk membantu mereka belajar mengenali kebolehan ,kemahiran dan dunia mereka.Apabila anakkita menggunakan satu Hemisfera lebih daripada yang satu lagi ia akan menentukan cara pemikiran,pembelajaran dan penggunaan anggota badan mereka untuk belajar sesuatu perkara dalam hidup mereka.

 

 

 

DO YOU KNOW ?

Jika anakkita menggunakan pemikiran otak Hemisfera Kanan lebih daripada hemisfera Kiri maka anakkita lebih cenderung untuk menggunakan tangan kiri daripada tangan kanannya untuk membuat sesuatu perkara walaupun untuk menulis .

 

Kesilapan yang biasa Ibubapa lakukan semasa mengajar anakkita menulis adalah selalunya Ibubapa berpendapat bahawa tangan kanan adalah tangan yang sepatutnya untuk menulis kerana kita selalu menggunakan tangan kanan untuk makan atau untuk memberi salam dan apabila Ibubapa melihat anak mereka menggunakan tangan kiri untuk memegang pensil semasa menulis Ibubapa  melarang dan memaksa anak mereka untuk menggunakan tangan kanannya .Ini secara tidak langsung akan memberi satu tekanan kepada emosi mereka kerana dipaksa untuk belajar menulis menggunakan tangan kanan di mana mereka tidak mempunyai satu kekuatan atau kordinasi untuk memegang pensil tersebut .Perkara ini akan membuat anakkita tidak suka untuk menulis malah akan menghalang keinginan mereka untuk belajar.

 

 

 

INGAT,

Hasil daripada kajian baru-baru ini tentang cara otak manusia berfungsi .Pakar berpendapat serta pasti bahawa setiap anakkita mempunyai satu sebab atau kelebihan apabila mereka memberi keutamaan kepada satu tangan lebih daripada tangan yang lain dan jika kita menghalang keutamaan semulajadi ini maka ia akan mengelirukan minda anakkita serta menyusahkan mereka untuk belajar.

 

Jika Ibubapa tidak pasti tentang penggunaan tangan anakkita yang mana menjadi keutamaan mereka kita boleh memberi beberapa latihan untuk menentukan tangan mana anakkita selalu menggunakan untuk :

1)      Menggunting kertas

2)      Menyikat rambutnya

3)      Memukul,membaling ,memegang atau mengambil sesuatu benda

 

Cara-cara ini akan membantu kita untuk melihat anakkita menggunakan tangan mana untuk semua perkara di atas.Jika anakkita seorang kidal maka kita harus menyokong dan jangan menghalang atau cuba mengubah penggunaan semulajadi tangan anakkita kerana ia akan memudaratkan pengajaran kita.

Apabila kita mengenal pasti tangan mana anakkita selalu menggunakan dengan cara semulajadinya cuba ajar mereka untuk memegang pensil dengan cara yang betul iaitu menggunakan ibu jari bersama jari telunjuk untuk memegang dan jari ketiga untuk meletakkan pensil untuk memudahkan penulisan kita.Dan sentiasa ingatkan anakkita untuk memegang pensil atas daripada mata pensil jika anakkita  seorang kidal galakkan mereka untuk memegang pensil itu atas lagi daripada mata pensil kerana ia akan memberi ruang untuk melihat tulisan mereka serta ingatkan mereka juga untuk merapatkan siku dekat lagi dengan badan mereka kerana ia akan membuat mereka selesa dan tidak meyakitkan pergelangan tangan mereka semasa menulis.

 

Sebelum kita mengajar anakkita untuk belajar menulis berikan beberapa latihan untuk membuat garisan untuk memudahkan anakkita dalam penulisan seperti membuat garisan :

Tegak,Melintang,Berayun,Segi Empat,Segi Tiga dan Bulatan

Latihan-latihan ini akan membantu dalam pergerakkan tangan mereka kerana ia akan meningkatkan  perkembangan “ MOTOR CONTROL “ mereka untuk memegang dan menulis dengan betul mengikut bentuk huruf abjad.Selalunya cara yang paling baik untuk mengajar anakkita menulis adalah MEMPERHATIKAN KITA MENULIS KERANA IA AKAN MEMBERI ANAKKITA SATU KEINGINAN UNTUK MENCUBA MENULIS SEPERTI KITA SEBAB KLITA ADALAH GURU MEREKA YANG PERTAMA DI RUMAH.

 

 

 

MINI DATA,

Penulisan adalah satu kemahiran dan ia juga boleh menjadi sebagai satu kerjaya malah penulisan juga akan memperkukuhkan ingatan anakkita.

 

 

 

 

THOUGHTS FOR THE WEEK

 

“ Every action that we make not only has an effect but consequences too”

REMEMBER

Every those consequences teaches us to strive in life.

 

 

 

NEXT UPDATE  1st Mar 2017

KELUARGA ANAKKITA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Anakkita.

 

 

chinese new year

*** HAPPY CHINESE NEW YEAR ***

May the year of rooster brings happiness and health with lots of wealth

 

 

Selamat menjalani kehidupan pada TAHUN 2017 semoga cita-cita dan azam kita tercapai untuk tahun ini.

 

Kami sekeluarga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sokongan pembaca blog anakkita selama ini.Kehidupan kami dengan kehadiran Baby Danish sentiasa bahagia dan di penuhi dengan berbagai-bagai kisah yang akan kami kongsikan kepada semua pembaca blog Anakkita.

 

Jpeg

 

 

Danish adalah seorang baby yang sangat senang untuk kami jaga .Semasa Danish berusia 4 bulan kami sekeluarga telah membawa Danish ke Bandung menziarahi kampung moyangnya di Jawa Tengah Indonesia.Pengalaman anak-anak kami ke sana penuh dengan kegembiraan dan keseronokkan kerana dapat berpeluang melihat sanak saudara yang jauh walaupun seusia kecil ini.Selama 2 minggu kami di sana banyak yang kami belajar serta berpeluang mengajar anak-anak kami tentang tingkah laku,sikap sabar,cara hidup di sana,hormat menghormati di antara satu sama lain terutamanya kepada orang yang lebih tua ,kebudayaan,kehidupan serta sikap kasih sayang yang mereka tunjukkan kepada kami sangatlah bermakna dan menjadi tauladan kepada anak-anak kami.Danish ketika berada di Jawa sangatlah senang untuk di jaga dan di bawa ke mana-mana ,ia memudahkan kami membawa Danish pergi berjalan-jalan di sana.Kami ke sana pada akhir bulan july 2016 dan balik ke Malaysia pada 12hb Ogos 2016.

 

 

IMG-20160816-WA0018

 

IMG-20160816-WA0009

Danish sekarang berusia 9 bulan ,sudah mempunyai dua batang gigi dan boleh duduk,sudah makan nestum dan bubur serta masih menyusu lagi.Alhamdullilah kesihatan Danish dalam keadaan baik dan sihat.Kami bersyukur melihat perkembangan Danish sehingga ke hari ini. Arissa sudah berumur 9 Tahun ,Ariana berumur 7 Tahun ,Aliyya berumur 4 Tahun, kakak-kakaknya bergilir-gilir menjaga adiknya Danish ,walaupun kadang-kadang kami terpaksa menyuruh berulangkali menjaga adiknya alhamdullilah kakaknya tidak bosan dan akan menjaga adiknya sehingga mummy selesai mengemas rumah.

 

Jpeg

 

 

IMG-20160816-WA0027

Arissa sudah mula faham tanggungjawabnya sebagai kakak menolong dan membantu mummy mengemas rumah dan menguruskan adik-adik.Kami selalu berpesan kepada kakak-kakaknya supaya bersikap perihatin membantu kedua orang tua.Bersikap saling bantu membantu di antara satu sama lain dan yang paling penting bersikap sabar dan juga kami sering memberitahu apa yang kita lakukan semuanya akan mendapat pahala dan ganjaran dari Allah S.W.T.

 

IMG-20160816-WA0023

Saya sekarang sudah menjadi surirumah sepenuhnya menguruskan hal-hal mengemas,memasak,menguruskan anak-anak kerana pembantu kami sudah pulang ke Indonesia.Insyallah dengan sokongan suami dan anak-anak saya dapat melakukannya dengan senang hati ,lebih-lebih lagi dapat meluangkan sepenuh masa bersama anak-anak dan melihat anak-anak membesar di depan mata serta memberi kasih sayang yang tidak berbelah bagi .

 

Pada tahun baru ini kami sekeluarga berazam dan akan lebih menumpukan perhatiaan kepada keluarga,ibu bapa kami ,memberi kasih sayang kepada anak-anak kami ,adik-beradik kami dan sentiasa berdoa agar di beri kesihatan yang baik,di panjangkan umur ,di murahkan rezeki dan sentiasa hidup dalam kekeluargaan yang bahagia dunia akhirat.