BE POSITIVE ( PART TWO )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Terima kasih kerana masih lagi setia membaca blog anakkita.Kami ingin mengucapkan

 

merdeka day

 

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 58 TAHUN

KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG BANGSA.

 

Sewaktu Arissa berumur 2 tahun kami menghadiahkan sebuah basikal pada harijadinya, memang Arissa suka dan gembira dengan basikal itu tetapi dia takut untuk belajar mengayuh basikal kerana dia tidak pandai.Selama 6 bulan dia tidak mahu main dengan basikalnya kerana takut jatuh namun kita selalu memberi semangat kepada Arissa bahawa dia boleh mengayuh jika dia yakin dan percaya dia boleh dan kami juga memberitahu Arissa bahawa dia tidak akan jatuh kerana basikalnya ada 4 tayar ( 2 tayar sokongan ). Sekarang Arissa sudah pandai mengayuh basikalnya malah boleh membawa adiknya sekali.Sikap positif dan semangat kita  memberi keyakinan kepada Arissa untuk mengayuh basikalnya walaupun kita mengambil masa selama 3 bulan untuk mengajarnya.Semangat yang kita berikan kepada Arissa bukan saja memberi keyakinan malah ia membantu Arissa untuk mencuba berulangkali supaya dia pandai membuatnya kerana perasaan takutnya kini sudah hilang.Bukan itu saja Arissa belajar malah Arissa boleh berenang di kolam besar  dengan sendirinya tanpa pelampung pada jarak yang dekat walaupun pada masa itu Arissa hanya berumur 3 ½ tahun.

 

 

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

KAMI SEBENARNYA TIDAK MAHU ARISSA HANYA PANDAI BERENANG ATAU PANDAI MENGAYUH BASIKAL SAHAJA TETAPI KAMI MAHU ARISSA MERASA BANGGA DENGAN KEBOLEHANNYA SENDIRI KERANA ITULAH MATLAMAT SEBENAR.

 

 

 

DSC02970

MINI DATA,

Setiap anakkita mempunyai kebolehan sedia ada pada diri mereka, jika kita tidak mengasahnya ia tidak akan menjadi satu kemahiran kepada anakkita.

Ibubapa boleh mengajar anakkita untuk mempunyai sikap posiitif,bersemangat dan  mendidik mereka menjadi seorang insan yang soleh dan solehah.Perubahan ini akan mengambil masa namun dengan kesabaran dan perhatian kita  kepada anakkita pasti ia akan memberi ganjaran kepada kita serta anakkita akan membesar dengan sikap positif mereka bukan sahaja terhadap diri mereka malah kepada yang lain juga.

 

 

experience

ADAKAH ANDA MASIH INGAT SEWAKTU KITA MASIH KANAK-KANAK LAGI.

Bagaimanakah perasaan kita menghadapi sesuatu keadaan,Apakah yang membuat kita merasa selamat atau Apakah perasaan kita apabila kita bersendirian,takut dan kecewa.Kebanyakkan daripada kita tidak akan ingat lagi zaman kanak-kanak kita kerana ini adalah lumrah dalam hidup kita.Namun kebanyakkan daripada pengalaman kita semasa muda tidak sama sekali relevan sewaktu  kita dewasa tetapi  ia relevan jika kita sebagai ibubapa dan guru kepada anakkita  kerana bagaimanakah kita boleh faham perasaan dan fikiran anakkita  jika kita sentiasa berfikir seperti seorang dewasa.

Saya tidak bermaksud kita menjadi kanak-kanak dan bermain dengan anakkita dalam semua aktiviti mereka tetapi kita boleh Melihat,Mendengar dan Imbas kembali perasaan kita sewaktu zaman kanak-kanak kita apabila melihat anakkita mencuba sesuatu pengalaman mereka.

 

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

INGAT,

Apabila kita berhubung dengan anakkita kita seharusnya membawa diri kita kepada tahap mereka seperti melutut atau duduk bersama untuk memberitahu atau mengajar sesuatu perkara kerana ia akan membuat anakkita selesa dan tenang untuk menerima informasi daripada kita.

 

Anakkita selalunya suka mengusik atau perli antara satu sama lain kepada sesuatu kekurangan seperti “ Awak kurus,Awak gemuk atau Awak botak “  kita sebagai seorang dewasa sudah lali dengan gurauan atau cemuhan ini dan tidak merasa marah kerana kita ada banyak perkara yang lebih penting daripada perkara ini.Akan tetapi bagi anakkita cemuhan atau gurauan ini daripada kawan –kawan mereka kadang-kadang  boleh meretakkan pendirian atau keyakinan mereka jika anakkita di buli atau di malukan pada usia di mana anakkita baru hendak belajar untuk mengenali diri mereka, pasti  ia akan memberi ketekanan serta takut malah mereka juga akan  merasa kecewa dan sunyi.Apabila anakkita mengalami pengalaman yang perit ini cuba bayangkan kita di tempat mereka dan imbas kembali perasaan kita sewaktu kita sebaya dengan anakkita ,Bagaimana kita menghadapi dan mengatasi situasi tersebut.Terangkan kepada anakkita tentang pengalaman kita bahawa kita juga pernah mengalami dan merasai apa yang anakkita hadapi sekarang dan kadang-kadang kita mahu lari daripada situasi tersebut,menyorok di tempat yang sunyi atau menangis kerana tidak tahu bagaimana untuk mengatasinya.

Pengalam yang kita kongsikan kepada anakkita akan memberi pengajaran kepada mereka untuk belajar untuk mengawal perasaan mereka atau bagaimana untuk mengatasinya.

 

 

giving advice

INGAT,

Gurauan boleh melukai perasaan anakkita dan sebagai seorang ibubapa kita harus memberi sokongan dan penjelasan.Kita harus mendengar dan menilai menggunakan hati bukan minda kita untuk mendengar luahan anakkita.Ia amat penting bagi mereka kerana cara ini akan memberitahu kepada anakkita bahawa kita faham perasaan mereka bukan sebagai arahan.

 

Jika anakkita mempercayai kita untuk menerima dan faham kepada perasaan mereka anakkita akan merasa selesa untuk meluahkan perasaan mereka kepada sesuatu perkara tanpa merasa takut di tegur atau di marah.Selepas mendengar luahan anakkita berikan pelukkan kepada  anakkita sambil memberitahu walaupun apa yang terjadi ibu dan ayah sentiasa ada disisi mereka dan ia akan membuat mereka merasa selamat.Bincang dengan anakkita serta memberi penjelasan bagaimana mereka boleh mengelakkan sesuatu gurauan itu dengan memberi alternatif respon seperti  

 “Walaupun saya kurus atau gemuk tetapi saya pandai daripada kamu “

 

 

scolding

INGAT,

Anakkita tidak suka dileter atau ditegur di depan orang ramai,sama seperti  kita juga.

 

Apabila anakkita menghadapi sesuatu situasi di mana ia menguji fizikal mereka untuk membuat sesuatu perkara contoh “ Untuk mengambil buku di atas rak “ jangan kita komen “ Adik ,terlalu rendah untuk capai buku itu.” Atau kita boleh berkata “ Adik , rak buku itu tinggi sangat biar Ayah tolong ambilkan “ memang ia mengambil satu usaha untuk melihat dah faham bagaimana anakkita melakukan sesuatu perkara. Saya selalu tekankan bahawa untuk menjadi seorang guru kepada anakkita kita tidak semestinya mempunyai sijil atau kelayakkan untuk mengajar malah apa yang kita perlukan adalah hanya MASA.

Cuba luangkan masa kita untuk menonton bersama dengan rancangan kesukaan anakkita ,kita akan pelajari banyak perkara daripada anakkita seperti , Bagaimana mereka belajar tentang sesuatu idea atau pengalaman ,Bagaimana mereka faham dan berfikir,Kenapa mereka menanya soalan kepada kita tentang sesuatu yang kita tidak akan berfikir untuk bertanya dan Bagaimanakah anakkita melihat dunia mereka.

KESABARAN,MASA,KASIH SAYANG ,SEMANGAT DAN SOKONGAN KITA akan membantu anakkita untuk bersikap positif dan merasa bersyukur kerana sekarang mereka mempunyai segala-galanya apa yang di perlukan oleh seorang kanak-kanak dan sekarang anakkita akan mempunyai satu fikiran positif  dan  jika mereka usaha, mereka akan capai apa yang mereka idamkan.

 

 

 1438613006545

THOUGHTS FOR THE WEEK

 We learn 25% of parenting from our parents

REMEMBER

we learn 75% of parenting from our real life experiences.

 

 

 

NEXT UPDATE  END OF  AUGUST 2015 

 

BE POSITIVE

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog anakkita kami semua sentiasa mendoakan kesejahteraan anda semua.

 

teacher

Kita adalah guru yang pertama kepada anakkita dan sebagai seorang ibubapa kita mesti mempunyai sikap positif serta yakin dan percaya dengan kebolehan kita untuk mengubah kelemahan kita menjadi satu kekuatan kita supaya kita berjaya dalam hidup,Kita seharusnya menjadi seorang role model  kepada anakkita dan ia amat penting jika kita menjadi seorang untuk di contohi serta menjadikan satu teladan kepada anakkita.

 

child looking up

Kepercayaan kepada diri sendiri dan keyakinan diri serta sikap positif kita dalam apa jua perkara akan menjadi satu platform kepada anakkita untuk mengikuti jejak kita kerana ia akan mengajar anakkita satu sifat yang baik dan mulia serta mempunyai pendirian bersikap positif untuk berusaha dan mencuba bagi melaksanakan sesuatu perkara atau tugasan yang diberikan kepada mereka.SIKAP POSITIF INI ANAKKITA BELAJAR  MELALUI  PEMERHATIAN  DARIPADA PERBUATAN,KELAKUAN DAN KESUNGGUHAN  KITA  BUKAN DARIPADA PENGAJARAN  KITA.

 

 

positive parent

INGAT,

Sikap  positif kita bukan sahaja memberi keyakinan malah ia juga memberi semangat kepada anakkita  untuk berjaya dalam hidup mereka dan anakkita akan mempunyai satu kepercayaan pada diri mereka sendiri  bahawa jika mereka berusaha pasti mereka akan capai apa yang mereka inginkan dalam hidup mereka.

 

determination

ALWAYS REMEMBER THIS,

“ Nothing is impossible if we put our heart and soul in it to achieve.”

 

Kadang-kadang kita sebagai  ibubapa tidak sedar bagaimana perasaan anakkita apabila kita menunjukkan perasaan marah atau kecewa terhadap kesilapan mereka.Jika kita selalu menegur atau memarahi tanpa memberi penjelasan kepada anakkita untuk memperbaiki kesilapan mereka,Ini secara tidak langsung akan memberi satu kesan yang negatif kepada anakkita untuk berputus asa dan tidak mahu untuk berusaha atau mengulang lagi dalam sesuatu tugasan kerana anakkita merasa bahawa mereka tidak mempunyai kebolehan untuk membuatnya.Sepatutnya kita sebagai ibubapa yang membantu anakkita untuk melihat kebolehan mereka dan menolong mereka untuk mempelajari kebolehan mereka daripada kesilapan mereka.

 

mistake 

MINI DATA,

Kesilapan anakkita, kita yang nampak tetapi kesilapan kita, anakkita yang nampak, bukan kita.

 

PERANAN KITA DALAM MEMBENTUK KESEDARAN DIRI UNTUK ANAKKITA

 Setiap anakkita belajar daripada pengalaman dan keadaan sekeliling mereka melalui soalan,Kita sebagai ibubapa boleh memberi atau menyediakan berbagai kaedah kepada anakkita untuk perkembangan emosi ini serta mengatasinya dengan cara membaca atau berbincang melalui sesuatu cerita dengan mereka.

Buku  ( perkataan ) boleh membantu anakkita mengenal perasaan mereka dan sedar sesuatu perkara di mana mereka boleh atau tidak boleh membuatnya bagi mengatasi sesuatu perasaan  mereka.Anakkita selalu selesa dan boleh menerima teguran tentang diri mereka melalui cerita,di mana dalam cerita anakkita melihat kanak-kanak yang menghadapi kesusahan,konflik atau kerumitan dalam sesuatu cerita moral atau amalan dan apa yang paling bagus dalam pembacaan ( Buku ) adalah berbincang dengan anakkita sesuatu watak dalam cerita dengan selesa dan tidak melibatkan diri mereka untuk melihat sesuatu kesukaran atau kesusahan yang dihadapi oleh watak tersebut dengan cara  tidak menuduh , tidak berleter dan tidak mengarah kerana anakkita tidak terlibat dalam cerita tersebut.

 

parent reading

CONTOH,

Semasa bercerita dengan anakkita kita secara tidak langsung menjadi seorang pembimbing  kepada anakkita di mana kita boleh berbincang dengan selesa dengan cara yang memberangsangkan seperti Apa perasaan watak itu dalam sesuatu keadaan, Apakah yang menyebabkan dia berbuat demikian , Bolehkan dia membuat sesuatu yang berlainan, Bagaimanakah dia membuat pilihan dan adakah ia akan memberi kesan dimasa hadapan atau sebaliknya.

 

 

emotional

INGAT,

Tugasan yang paling penting sebagai seorang Ibubapa dan Guru kepada anakkita adalah untuk membantu anakkita mengenali emosi mereka dan cari tempat yang sesuai dan selesa untuk membina dan belajar mengatasi emosi mereka.

 Jika kita belum bermula bercerita dengan anakkita saya syorkan kepada ibubapa untuk membaca buku cerita kepada anakkita sebelum mereka tidur kerana dengan cara ini kita bukan sahaja memberi peluang kepada kita untuk berbual dan berbincang dengan anakkita tentang topik-topik yang bermanfaat seperti  tentang perasaan kita,pengalaman kita dan nilai kerohanian seseorang manusia malah membaca buku kepada anakkita juga memberi  ilmu serta ia membuka minda kita untuk mengenali dunia anakkita.Buku kanak-kanak juga boleh membantu kita untuk mengenali dan berhubung dengan anakkita tentang apa yang penting dan tidak kepada anakkita.

 

learning mistake

 

THOUGHTS FOR THE WEEK

 “ learning comes from making mistakes “

 We learn the most about ourselves when we fail

REMEMBER

You can’t have success without failure.

 

 

 

newborn

Anakkita hanya muda sekali dalam hidup kita oleh itu sayangilah mereka dengan sepenuh kasih sayang anda dan berikan mereka

PENDIDIKAN AWAL YANG TERBAIK HARI INI !!!!!!

 

little scientist 

“Pandang sana ,Pandang sini anakkita seperti saintis

kecil sentiasa ingin mempelajari dunia persekitaran

mereka.”

 

 Untuk mendapatkan Program Anakkita sila KLIK  www.anakkita.com.my

 

 buy 2 get 2

 

 

 

 

NEXT UPDATE 15th August 2015

 

 

 

COMPARING OUR CHILDREN

Assalamualaikum dan salam sejahtera .Kami dari anakkita ingin mengucapkan

kad raya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

SEMOGA SYAWAL INI DIRAIKAN DENGAN PENUH KEGEMBIRAAN

DISAMPING KELUARGA TERSAYANG.

 

Kita sebagai seorang ibubapa harus memberitahu anakkita bahawa mereka adalah seorang individu yang istimewa dan JANGAN sekali-kali kita membandingkan mereka dengan kanak-kanak yang lain dari segi  kepandaian atau kelakuan mereka.Kebanyakan ibubapa berpendapat bahawa kita harus melayan anakkita semua dengan cara yang sama,tetapi pada hakikatnya anakkita TIDAK SUKA dilayan,dinilai atau dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain,Anakkita lebih suka dan mahu dilayan dengan cara berbeza melalui kebolehan dan keunikkan mereka sebagai seorang individu.Walaupun layanan kita berbeza pada setiap anakkita namun perhatian dan kasih sayang kita tetap sama kerana mereka sedar bahawa mereka tetap di hati kita sebagai anak kesayangan kita.

 

complicated

 

TANPA SEDAR ,IBUBAPA SELALU MEMBUAT KESILAPAN INI

Sebagai Contoh ,

Apabila anakkita yang berumur  5 tahun membuat sesuatu perkara yang baru dan kita berkata “ Oh baru Ibu ingat,” Kakak awak sudah pernah buat itu” Walaupun kakaknya pandai membuat dengan lebih bagus daripada adiknya tetapi kita tidak bermaksud demikian namun itulah yang anakkita faham.Seeloknya kita sebagai ibubapa harus memberi pujian kepada anakkita yang berumur 5 tahun walaupun perkara yang di buatnya pernah dilakukan oleh kakaknya.Jangan kita sesekali membandingkan anak-anak  kita antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai kebolehan dan kemahiran tersendiri.

 

 

scolding

INGAT,

Walaupun kita sebagai seorang dewasa dimana mempunyai sedikit kekurangan atau kelemahan samada pada diri kita atau dalam kejayaan kita namun kita masih tidak suka apabila kita dinilai atau dibandingkan dengan orang lain.APATAH LAGI ANAKKITA.

 

Walaupun kita mahu semua anakkita berjaya dalam pendidikan mereka namun kita sebagai ibubapa harus bersedia secara mental dengan kebolehan dan perkembangan anakkita semasa di sekolah kerana setiap anakkita mempunyai kebolehan yang berbeza daripada yang lain seperti mungkin anakkita yang pertama lebih bagus dalam subjek matematik dan anakkita yang ke dua dalam subjek pembacaan atau mungkin anakkita lebih cenderung dalam bidang akademik dan satu lagi dalam bidang kesukanan.Sebagai ibubapa kita harus memberi semangat dan membantu anakkita yang mempunyai kelemahan dan pada masa yang sama kita harus puji dan memberi  sokongan kepada anakkita bahawa kita bangga dengan kebolehan dan kemahiran mereka dalam sesuatu perkara  dan luangkan masa kita kepada setiap anakkita serta layani mereka sebagai seorang individu.

 

 

parents love

MINI DATA,

Dengan kasih sayang,ketekunan dan semangat kita sebagai seorang ibubapa kepada anakkita PASTI anakkita akan menjadi seorang individu yang berguna dan menyerlah serta berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

 

 

 quote

“ KESILAPAN “ ADALAH SATU PEMBELAJARAN YANG PALING PENTING DALAM HIDUP SESEORANG MANUSIA.     

Tidak kira , apa yang kita harapkan daripada anakkita.Mereka pasti akan melakukan kesilapan semasa mereka belajar sesuatu perkara  samada dalam pendidikan atau dalam hidup mereka. Peranan kita sebagai ibubapa adalah berkongsi serta berkomunikasi dengan anakkita tentang sesuatu kesilapan mereka itu ,Bukan untuk menegur atau menegaskan bahawa itu salah dan kita tidak boleh berbuat demikian. Padahal kita boleh berkata kepada anakkita bahawa kadang-kadang kita selalu gagal untuk mendapatkan sesuatu jawapan ,untuk berkata sesuatu yang baik atau membuat sesuatu perkara yang betul.Terangkan kepada anakkita bahawa kesilapan kita sebenarnya membantu kita untuk belajar dan kita seharusnya belajar melalui tindak balas daripada kesilapan yang kita lakukan.Jika sesuatu tindak balas itu mengatakan kita membuat sesuatu perkara yang tidak betul maka kita harus memperbaiki perkara tersebut daripada kesilapan kita.Dan yang paling penting kita mahu anakkita untuk mencuba sekali lagi atau mencuba dengan cara yang lain bagi mendapatkan keputusan yang baik .

 

 

flexibility

FLEXIBILITY adalah satu alat yang paling penting dalam pembelajaran hidup kita kerana ia mengajar kita untuk TIDAK BERPUTUS ASA.

 Kita mesti ingatkan anakkita bahawa kesilapan adalah sebahagian daripada pembelajaran kita.Jika kita tidak membuat sesuatu kesilapan maka kita tidak akan belajar sesuatu perkara yang baru,Ia amat bagus kepada anakkita untuk membuat kesilapan kerana ia membantu anakkita untuk belajar mencuba lagi atau memperbaiki serta mahu mendapatkan sesuatu yang mereka mahu dalam pendidikan mahupun dalam hidup mereka.Kita mahu anakkita selesa untuk mencuba sesuatu perkara yang baru dalam hidup mereka dan kita harus membantu mereka untuk sedar bahawa hanya daripada kegagalan atau mengambil risiko pasti kita ada peluang untuk berjaya mahupun untuk mendapatkan sesuatu yang kita inginkan atau  untuk belajar sesuatu perkara yang baru.Kita mesti  memberi semangat kepada perasan ingin tahu (Curiosity) anakkita untuk mencuba sesuatu eksperimen atau belajar mengambil risiko kerana ia adalah satu sifat  kualiti yang baik dan bernilai untuk anakkita membina perkembangan mereka.

Pastikan anakkita sedar walaupun kita mengharapkan sesuatu yang baik daripada mereka namun kita sedar bahawa kita semua tidak sempurna malah tiada ada seorang  pun yang sempurna dalam dunia ini. Jangan sesekali kita sebagai seorang dewasa dan seorang ibubapa menggangap bahawa kita sempurna dan tahu segalanya,Jika kita ada membuat kesalahan atau kesilapan, kita seharusnya mengakui kesilapan kita dan cuba memperbaiki kesalahan kita INGAT anakkita belajar melalui melihat dan mendengar daripada kita.

 

 

mistakes 1

INGAT,

Kesilapan adalah satu tangga pembelajaran kepada manusia untuk belajar sesuatu perkara itu samada ia BAIK ATAU BURUK mahu pun BETUL ATAU TIDAK.Kerana kesilapan itu adalah sebahagian daripada kehidupan kita malah ia adalah satu lumrah dalam hidup kita.

 

 

20150328_175251

 

THOUGHTS FOR THE WEEK

 “ Parents like giants, they often trip and fall “

 BUT

 “ Parenthood like worms ,all they do is dig and crawl “

REMEMBER

As a parent we make mistakes and from the mistakes we learn the parenthood

by digging and crawling.

 

 

 

NEXT  UPDATE  30th  July 2015  

 

OUR EXPECTATIONS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog anakkita,kami berharap sepanjang menjalani ibadah di bulan puasa ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan lagi amalan ibadah kita ,semoga setiap amalan kita di berkati.    

 

Jika anda suka membaca dan selalu mengikuti  blog kami ,Ini menunjukkan bahawa anda mengambil berat dan percaya dengan kebolehan kita bahawa pengaruh kita sebagai ibubapa adalah sangat penting bagi perkembangan EMOSI,MENTAL DAN KEYAKINAN DIRI ANAKKITA.Perkara yang paling penting dan ketara dalam hidup kita adalah samada anakkita dapat memenuhi harapan kita.

 

 

a child looking up

INGAT,

Anakkita akan menilai kebolehan mereka tentang bagaimana mereka boleh membuat sesuatu perkara dengan bagus untuk mencapai sesuatu yang kita harapkan.

Kita sebagai ibubapa harus faham dan sedar tentang kebolehan anakkita dari segi emosi dan mental serta kebolehan mereka.Jika kita menetapkan sesuatu jangkaan yang terlalu rendah untuk anakkita ia akan membuat anakkita merasa bahawa mereka tidak berupaya melakukan dengan lebih bagus sesuatu perkara itu kerana kita tidak percaya dengan kebolehan mereka untuk berjaya.Namun jika kita menetapkan sesuatu jangkaan yang  terlalu tinggi ia juga akan boleh mematahkan semangat mereka jika mereka seringkali gagal untuk melakukannya.Dan jika keadaan ini berterusan anakkita akan merasa bahawa mereka tidak bagus untuk menjadi seorang anak yang kita sanjung dan bangga.Tanpa kita sedar,kesilapan kita inilah yang menjadikan anakkita tidak yakin pada diri mereka sendiri tentang kebolehan mereka untuk berjaya dalam apa jua perkara.

 

 

creative child

MINI DATA,

Kita mesti faham sesuatu kebolehan anakkita terlebih dahulu sebelum memberi sesuatu tugasan di mana mereka boleh membuatnya dengan senang dan jangan kita meminta atau memberi sesuatu tugasan yang luar daripada kebolehan atau kemampuan mereka.

 

 SEBAGAI CONTOH,

Berharap anakkita yang berumur 5 tahun berdiam di klinik sementara kita menunggu nombor giliran kita atau tidur mengikut masa di rumah datuk- nenek mereka.Selalunya anakkita tidak akan membuat seperti apa yang kita harapkan.Tetapi apa yang kita boleh lakukan adalah semasa di klinik kita boleh bermain dengan anakkita atau membuat sesuatu supaya menarik perhatian mereka daripada membising dan berlari sana sini dan memberi sesuatu imbuhan kepada mereka atau layanan istimewa jika anakkita tidur mengikut masa di rumah datuk –nenek mereka.

Ia amat penting jika kita faham kebolehan serta  minat anakkita dan belajar mengenal apa yang mereka suka dan tidak suka serta memahami perangai mereka dalam beberapa situasi.Terlebih dahulu kita harus meneliti dan belajar mengenali cara anakkita tangani pengalaman mereka sebelum kita memberi sesuatu tugasan untuk memenuhi harapan kita.Sebelum memberi apa-apa tugasan atau mengharap sesuatu tindak balas yang memberangsangkan kita daripada anakkita ,terlebih dahulu kita mesti faham samada sesuatu tugasan itu akan memberi tekanan atau stress kepada anakkita atau tidak.

 

stress child

INGAT,

Dalam keadaan yang stress,Ia memberi tekanan emosi dan mental kepada anakkita dan ia juga boleh mengubah perangai anakkita kerana anakkita belum bersedia untuk faham sesuatu keadaan yang sebenar atau realiti dunia persekitaran mereka.Seperti kematian datuk-nenek di mana anakkita sangat rapat dengan mereka,Kehadiran seorang adik dalam hidup  mereka atau kehilangan binatang kesayangan mereka.

 

Pakar berpendapat bahawa anakkita berupaya dan berkebolehan untuk belajar banyak perkara dalam hidup mereka pada 4 tahun yang pertama daripada apa yang kita sangka.Jika ibubapa mempunyai ilmu dan pengalaman untuk menjadikan sesuatu pengajaran itu sebagai sesuatu permainan yang menyeronokkan anakkita. Semangat ini akan menghasilkan banyak kejayaan kepada anakkita malah ia juga memberi keyakinan diri serta mempunyai perasaan dan sikap seperti “ SAYA BOLEH BUAT “ semangat ini juga akan membantu anakkita mengatasi tekanan emosi dan mental mereka.

 Ibubapa yang mengharapkan sesuatu jangkaan atau harapan daripada anakkita, JANGAN kita terlalu mementingkan sesuatu kecapaian atau kejayaan daripada anakita bagi kepentingan atau kepuasan untuk diri kita sendiri.Jika mereka belum bersedia untuk memberi apa yang kita harapkan JANGAN PAKSA MEREKA.

 

 

playing game

CONTOH ,

Semasa bermain sesuatu permainan dengan anakkita jika mereka tidak memberi perhatian atau tidak menunjukkan minat dalam permainan itu BERHENTI BERMAIN kerana mereka belum bersedia menerima konsep ini,JANGAN tunjukkan perasaan kecewa kita kepada mereka kerana suatu hari nanti  mereka akan bermain dan lihatlah keseronokkan mereka apabila anakkita belajar sesuatu pengalaman baru daripada permainan tersebut.PADA MASA ITU PENANTIAN KITA SANGAT BERBALOI !!!!!

 

 

BIARKAN ANAKKITA MENJADI SEORANG KANAK-KANAK DULU

Kehidupan anakkita pada zaman sekarang jauh berbeza daripada kehidupan kita dahulu.Dunia sekarang kita boleh membeli barang melalui internet tanpa keluar rumah dan anakkita yang berumur 10 tahun sudah mempunyai handphone sendiri  malah kelengkapan rumah sekarang serba moden di mana tekan butang sahaja kita boleh mencuci pakaian,panggang ayam atau melihat dunia sekeliling kita tanpa keluar rumah dan anakkita pula  TERPAKSA melalui persaingan yang sangat ketara daripada usia yang awal supaya mereka bersedia di dunia yang kian mencabar ini.Zaman sekarang ibubapa banyak stress berbanding 30 tahun yang lepas kerana ramai ibubapa sekarang berkerja keras bagi menampung keluarga mereka untuk memberi keselesaan dan ingin mempunyai kewangan yang kukuh supaya anakkita tidak ketinggalan di belakang dan kadang kadang kita terlalu taksub mengejar duniawi sehingga  kita tidak mempunyai masa untuk anakkita.Apabila anakkita tidak mendapat masa atau perhatian kita serta tekanan daripada sekolah malah pengaruh daripada TV atau kawan mereka, perkara ini akan menyebabkan tekanan kepada anakkita dari segi EMOSI DAN MENTAL SERTA KEYAKINAN MEREKA.

 

 

 be a child

INGAT,

Biarkan anakkita menjadi seorang kanak-kanak dulu sebelum meraka menjadi seorang dewasa kerana kita tidak ada hak untuk meminta mereka membesar secepat mungkin bagi meringankan beban kita.SELALUNYA KITA LUPA BAHAWA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI IBUBAPA MASIH KEKAL SELAGI ANAKKITA MASIH HIDUP.

 

 

Saya bimbang kerana ramai ibubapa, guru dan masyarakat sekarang tidak selalu berkata kepada anakkita bahawa “ KAMU ,BERUNTUNG KERANA MASIH MUDA LAGI “ kita selalu menyuruh atau membenarkan anakkita di ajar dan berfikiran seperti seorang dewasa walaupun mereka masih belum bersedia lagi.Kita sepatutnya berhenti dan selalu ingatkan kita bahawa anakkita masih kanak-kanak lagi dan jangan kita mengharapkan atau meminta sesuatu luar dari kemampuan mereka pada usia  yang awal kerana anakkita masih belum bersedia untuk BERFIKIR,BELAJAR ATAU MEMAHAMI SEPERTI SEORANG DEWASA.

 

 

playing child

MINI DATA,

Ibubapa harus ingatkan anakkita bahawa mereka masih kanak-kanak lagi dan kita tidak kisah dengan kelakuan kekanakkan mereka kerana saya pasti itulah yang anakkita perlu dan mahu dengar daripada kita sebagai Ibubapa mereka.

                                                                                                                          

 

20150328_175251

 

THOUGHTS FOR THE WEEK

“ Our child is reflection of who we are”

 let them be a child and learn from their childhood

REMEMBER

if we take their childhood away it will be like erasing our existence as a child.

 

 

 

 

 

NEXT UPDATE 15th July 2015

 

OUR CHILD’S SELF-ESTEEM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,maaf di atas kelewatan  update blog ini dan terima kasih kerana setia membaca dan mengikutinya,Selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua rakyat malaysia yang beragama islam semoga keberkatan puasa memberi ketenangan dalam diri kita.

 

Kita sebagai ibubapa kadang-kadang tidak sedar atau tidak mengambil berat tentang EMOSI,MENTAL DAN KEYAKINAN DIRI ANAKKITA daripada peringkat awal lagi bukan sahaja dalam pendidikan malah dalam hidup mereka juga kerana kita masih menganggap sekolah adalah satu platform yang bagus untuk anakkita belajar semua perkara tetapi pada hakikatnya ia tidak kerana anakkita akan belajar dengan cemerlang jika anakkita bersedia dari segi MENTAL DAN EMOSI serta mempunyai KEYAKINAN DIRI untuk maju kehadapan.Lazimnya kita sebagai ibubapa yang sepatutnya mengajar anakkita tentang perkara ini iaitu MENTAL,EMOSI DAN KEYAKINAN DIRI di rumah sebelum mereka ke sekolah kerana 50% perkembangan minda anakkita bermula pada 4 tahun yang pertama bukan sekadar untuk belajar perkara asas malah anakkita mula belajar tentang EMOSI DAN MENTAL SERTA KEBOLEHAN MEREKA.

 

lazy child

INGAT,

Ia menjadi amat ketara sekarang di mana anakkita yang mempunyai masalah dalam akademi pelajaran selalunya mereka tidak mempunyai keyakinan diri untuk belajar dan mereka selalu menggunakan alasan seperti  SAYA TIDAK PANDAI ATAU SAYA TIDAK BOLEH BUAT.

 

Anakkita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi selalunya belajar dengan senang kerana mereka seronok dengan cabaran ini untuk memperolehi kemahiran dan informasi serta mereka menyahut pengalaman dan tugasan baru ini dengan sikap “ SAYA BOLEH BUAT  “ dan suasana yang menghormati anakkita sebagai seorang individu serta berkomunikasi untuk faham kehendak atau keperluan mereka dan juga limpahkan mereka dengan kasih sayang kita kerana ia akan memberi anakkita satu peluang yang baik untuk berjaya dalam akademi pelajaran malah membina seorang individu yang mempunyai EMOSI DAN MENTAL yang sihat untuk menjadi seorang manusia yang berguna.

 

 

child

MINI DATA,

Kita sebagai ibubapa mesti berkomitmen untuk membantu anakkita supaya mereka merasa seronok tentang diri mereka serta bangga dengan kebolehan mereka jika anakkita faham dan sedar bahawa kita yakin dengan kebolehan mereka untuk berjaya,secara tidak langsung anakkita juga akan percaya dan yakin pada diri mereka sendiri untuk berjaya.PERCAYALAH dengan usaha sama ini apa yang anakkita dan kita boleh capai adalah sesuatu yang sungguh menakjubkan.

 

 

KASIH SAYANG KITA ADALAH SANGAT PENTING DAN TIDAK TERNILAI BAGI ANAKKITA

Cara kita melafazkan kasih sayang kita akan memberitahu kepada anakkita bahawa mereka disukai dan bermakna kepada kita.Kita seharusnya sedar dan berusaha untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada mereka bukan sekadar dalam pelukkan atau perkataan “ saya sayang kamu “ sahaja.Apabila kita membuat sesuatu  perkara bersama dengan anakkita ,Ia sangat penting dan bermakna kepada anakkita jika anakkita merasa bahawa mereka mendapat sepenuh perhatian kita secara MENTAL DAN FIZIKAL.

Cuba ambil masa 15 minit dan lupakan segala kerja kita kemudian luangkan masa 15 minit ini sepenuhnya dengan anakkita untuk MELIHAT DAN MENDENGAR LUAHAN MEREKA .Kalau boleh pastikan bahawa kita seronok sekali untuk bersama mereka dan ia adalah satu semangat yang paling bagus yang kita boleh memberi untuk membina keyakinan mereka di mana kita memberitahu anakkita bahawa mereka adalah seorang individu yang kita hargai serta kita selalu ingin bersama mereka daripada perkara lain.CONTOH,apabila kita menjemput anakkita daripada Taska,Tadika atau pulang ke rumah daripada kerja katakan kepada anakkita bahawa kita seronok melihat mereka .Cara ini memberitahu kepada anakkita bahawa kita rindu kepada mereka kerana mereka adalah seorang yang penting dalam hidup kita.

 

 

respect children

INGAT,

Menyayangi anakkita bermaksud menghormati mereka sebagai seorang individu dan layanlah anakkita sepertimana kita melayan kawan kita dengan menggunakan perkataan seperti “ PLEASE AND THANK YOU” dan jika ada teguran bagi kesilapan mereka jangan tegur depan adik beradik atau kawan mereka dan kita seharusnya menjaga perasaan  mereka sepertimana kita menjaga perasaan seorang dewasa walaupun anakkita hanya berumur 5 Tahun.

 

Jika anakkita merasa bahawa kita menghargai keunikkan atau sediakala mereka ,Ia akan membuat mereka untuk meluahkan perasaan mereka kepada kita dan ia sangat penting kepada anakkita kerana mereka tidak perlu menjadi seperti orang lain untuk belajar atau mendapat perhatian kita kerana setiap anakkita yang lahir di dunia mempunyai cara atau keunikkan tersendiri ibarat seperti rambut hitam tetapi hati dan fikiran berbeza.Kita sebagai ibubapa harus membantu anakkita untuk mempercayai pada diri mereka sendiri bahawa mereka adalah seorang yang baik dan bijak serta bagus dalam kebolehan mereka.

Kalau boleh simpanlah sedikit kasih sayang  untuk diri kita sendiri kerana kita tidak boleh menjadi seorang ibubapa yang sempurna malah tiada ada seorang pun,Kita tidak boleh memberi kasih sayang sepenuh 24 jam dalam sehari kerana kadang-kadang kita marah dengan anakkita,terlepas kata dan menyesal kemudian dan merasa kecewa kerana kita gagal mengawal emosi atau kemarahan kita.Ambil kesempatan ini untuk memberitahu kepada anakkita tentang situasi-situasi yang tidak seronok ini bahawa kita marah atau kecewa tentang perangai mereka dan kadang-kadang kita membuat demikian seperti marah atau bising adalah untuk melepaskan geram kita sama seperti mereka bila mereka marah.Dan katakan kepada mereka walaupun apa yang terjadi kita masih menyayangi mereka .Anakkita akan menghargai kejujuran kita dan mereka merasa bangga kerana kita mempercayai bahawa mereka berhak untuk menerima penjelasan daripada kita dan apa yang paling penting adalah jika anakkita merasa bahawa kita menyayangi mereka dengan setulus hati kita dan kebanyakkan interaksi yang berlaku di antara kita dengan anakkita adalah POSITIF walaupun adakalanya ada sedikit interaksi atau situasi yang NEGATIF .Ia tidak akan menjejaskan kerohanian kita atau akhlak mereka kerana KASIH SAYANG BOLEH MENGATASI SEMUA.

 

 

 20150328_175251

“MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA

ANAKKITA ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA

parenthood

THOUGHTS FOR THE WEEK

“To be a parent is easy but being a parent is not easy unless we learn what it takes to be a parent “

remember

 life is all about learning

 

 

Program bacaan anakkita memudahkan  ibubapa untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris  anakkita dengan mudah dan berkesan.

buy 2 get 2

Mulakan pendidikan awal anakkita dalam penggunaan Bahasa Inggeris dengan program bacaan anakkita …HARI INI !!!

Untuk tempahan  program bacaan anakkita ,sila klik produk di laman www.anakkita.com.my atau hubungi kami

di talian  016-3758923 atau 016-6363225 . 

 

 

Next update end of  june  2015

TOOLS OF TEACHING

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia blog anakkita.Kami berharap pada cuti sekolah ini digunakan sepenuhnya untuk mengeratkan lagi silatulrahim kita bersama dengan anakkita.

 

children

Zaman sekarang kebanyakan ibubapa mempunyai pendidikan yang tinggi bukan seperti  ibubapa kita dahulu malah mempunyai kemampuan untuk memberi segala permintaan anakkita bagi menjamin keselesaan dan keperluan anakkita supaya mereka berjaya tanpa kesusahan seperti apa yang kita lalui semasa kita kecil dahulu.Namun kita selalunya lupa bahawa proses pembelajaran anakkita bermula daripada peringkat kandungan lagi malah 50% perkembangan minda anakkita untuk belajar  bermula pada 4 tahun yang pertama .Perkara ini amat ketara sekali kerana ia menunjukkan bahawa kita adalah guru mereka yang pertama bukan sekadar untuk mengajar perkara asas sahaja malah untuk mengajar  EMOSI,MENTAL DAN KEYAKINAN DIRI MEREKA.

 

20150328_175251

 

INGAT,

Anakkita hanya muda sekali sahaja dalam hidup kita dan apa yang mereka inginkan daripada kita adalah MASA bukan HARTA BENDA KITA.Jika kita terlepas masa itu ,kita akan kehilangan untuk selama-lamanya kerana satu-satunya yang kita tidak boleh membeli dengan segala kekayaan dunia ini adalah MASA.

 

 

ADA PELBAGAI CARA YANG  KITA BOLEH  MENGGUNAKAN UNTUK MENGAJAR ANAKKITA DI RUMAH DENGAN MUDAH DAN BERKESAN:

 

tools

1)      Pembelajaran tidak terhad pada format sekolah sahaja malah ia boleh bermula seperti di taman,dalam bilik air,dalam kereta,di kedai runcit atau di mana sahaja.Tugas seorang ibubapa adalah bertanya “ BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANTU PENGALAMAN  ANAK  SAYA BELAJAR DARIPADA PENDEDAHAN INI”

2)      Jika anakkita tidak berminat atau tidak menumpukan perhatian kepada sesuatu aktiviti,BERHENTI!!! Kerana anakkita belum bersedia lagi dan bila mereka sudah bersedia nanti ,mereka akan belajar dengan cepat dan senang.PAKSAAN akan menyusahkan anakkita daripada berminat untuk belajar.

3)      BERHENTI sesuatu aktiviti itu sebelum anakkita mahu berhenti.contoh-semasa memainkan VCD/DVD untuk mengajar anakkita.Jika kita berhenti menonton sebelum mereka berhenti esok mereka mahu menonton lagi kerana mereka tidak puas menonton,TETAPI  jika anakkita berhenti menonton sebelum kita berhenti esok mereka tidak akan menontonnya lagi kerana mereka sudah bosan.

4)      Jangan bermain sesuatu permainan dengan anakkita jika mereka nakal atau tidak mendengar nasihat.Jadikan permainan ini sebagai satu pengajaran kepada anakkita bahawa permainan ini adalah untuk mereka yang berkelakuan baik sahaja.

5)      Sebelum kita menjawab,”TIDAK  kepada sesuatu perkara di mana anakkita ingin membuat.Fikir dan selidik dahulu sebelum kita menjawab untuk memberi kebenaran samada ia bagus atau tidak kepada mereka contoh:Anakkita ingin bermain di luar semasa hujan,biarkan mereka bermain sekejap kerana anakkita  belajar dunia persekitaran mereka bukan sahaja daripada melihat dan mendengar malah melalui sentuhan dan rasa.

6)      Cuba membuat sesuatu perkara secara spontan dan di luar jangkaan bersama anakkita kerana ia memberi kebenaran kepada anakkita untuk mencuba atau belajar sesuatu perkara baru dengan sendiri.

7)      Mendedahkan anakkita sebanyak yang boleh dalam proses pengajaran “ First hand experiences “ contoh: Pergi ke zoo lebih bermanfaat dan menyeronokkan daripada membaca tentang binatang melaui buku atau daripada menonton tv  kerana pembelajaran AKTIF sangat bagus daripada pembelajaran PASIF.

8)      Apabila anakkita tanya macamana hendak pakai kasut untuk kali ke 50 atau macamana hendak menulis perkataan “S” selama 5 hari berturut-turut.JANGAN MENGELUH-TETAPI BERI SOKONGAN.Pandang muka anakkita dan menjawab “ kadang-kadang kita mengambil masa lama untuk belajar sesuatu dan satu hari nanti adik akan belajar untuk membuatnya sendiri” esoknya kita akan dengar daripada anakkita “ Ibu,adik dah pandai pakai kasut “.kerana untuk menjadi seorang ibubapa atau seorang guru kepada anakkita kita sebenarnya memerlukan kesabaran lebih daripada ilmu.

9)      Ingat,ia lebih afdal untuk mengajar anakkita dalam sesuatu masa yang singkat ( 10 minit atau kurang ) kerap kali daripada lebih masa untuk sekali dalam sehari kerana perhatian anakkita untuk  memberi  tumpuan kepada sesuatu perkara selalunya kurang daripada 5 minit.

10)   Apabila anakkita mempunyai  masalah atau kesukaran dalam sesuatu perkara,jangan kita terus membantu mereka untuk menyelesaikannya.Berikan mereka masa dan sokongan untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri.Contoh: apabila bola kesukaan mereka berada di bawah tv  kabinet di mana sukar untuk mengambilnya berilah sokongan seperti  “ Adik,baring dan gunakan kaki untuk menolak bola itu keluar”dalam situasi  ini anakkita akan berfikir untuk belajar menggunakan anggota badan lain untuk mencapai bola itu selain tangan.Cara ini akan memberi keyakinan kepada anakkita tentang kebolehan mereka.

11)   Ia sangat penting jika kita biarkan anakkita belajar membuat sesuatu perkara dengan usaha sendiri,Contoh :untuk memakai baju,memang cepat jika kita pakaikan baju mereka setiap hari.Tetapi  jika kita mahu anakkita belajar untuk memakai baju sendiri biarkan mereka untuk mencubanya sendiri kerana mereka lebih cepat belajar daripada pengalaman mereka sendiri.

 12)   Hadiah yang paling baik yang kita boleh berikan kepada anakkita adalah kasih sayang dan pemikiran positif  kita untuk belajar.Jika kita dan anakkita belajar sekali untuk menerokai dan mencuba kemahiran serta idea-idea yang baru, ia tidak akan membuat anakkita untuk belajar kerana terpaksa tetapi daripada keseronokan pengalaman mereka untuk belajar.SEMANGAT  KITA ADALAH KUNCI UTAMA KEYAKINAN ANAKKITA.

13)   Jika kita bermain sesuatu permaianan bersama biarkan anakkita untuk mencuba  sesuatu permainan itu dengan sendiri kerana cara ini anakkita menggunakan imiginasi untuk memperkembangkan kreativiti mereka malah mereka cepat belajar kerana ia menyeronokkan.

14)   Adalah wajar dan penting  bagi kita supaya meluangkan masa untuk bermain,berbual atau mengajar anakkita namun anakkita juga memerlukan masa untuk diri mereka sendiri .Untuk bermain dengan kawan mereka atau membuat sesuatu perkara kerana separuh daripada pembelajaran ini anakkita menggunakan deria rangsangan yang lain untuk belajar dunia persekitaran mereka melalui  MELIHAT,MENDENGAR , SENTUHAN SERTA BERIMAGINASI DENGAN CARA MEREKA SENDIRI.

 

ADA  BEBERAPA  ALAT  BANTU ATAU BAHAN YANG KITA BOLEH MENGGUNAKAN UNTUK MENGAJAR ANAKKITA DENGAN MUDAH DI RUMAH KITA.APA YANG KITA PERLUKAN ADALAH MASA,KESABARAN DAN IMAGINASI KITA. ( JADIKAN SESUATU PENGAJARAN ITU SEBAGAI SATU PERMAINAN )

 

teaching aids 

a)      Sebuah meja – dimana ada gambar abjad,nombor,binatang,buah-buahan ,sayur-sayuran dan sebagainya.Apabila anakkita menggunakan meja untuk menulis atau melukis mereka belajar perkara lain juga.

b)      Papan Hitam ( White board )- gunakan untuk menulis atau melukis ia sangat bagus sebagai satu insentif untuk belajar kerana kesilapan boleh di padamkan dan kejayaan di semai di minda untuk selama-lamanya.

c)       Kertas yang berwarna warni – gunakan untuk membuat sesuatu bentuk seperti kapal terbang atau origami .Permainan ini akan membina kreativiti dan imaginasi mereka.

d)      Buah buahan dan sayur sayuran – gubahan untuk mengukir atau mencetak sesuatu bentuk atau benda menggunakan bahan ini kerana permainan ini akan mengajar anakkita untuk memperluaskan permikiran mereka.

e)      Pensil ,pensil warna ,krayon- gunakan selalu untuk  menulis atau melukis.Aktiviti  ini akan meningkatkan memori anakkita.

f)       Peta dunia,Malaysia atau poster seperti  buah buahan, sayur sayuran,nombor,abjad dan gambar badan kita- tampalkan di dinding bilik anakkita supaya anakkita selalu melihatnya kerana ia memudahkan kerja  kita untuk mengajar anakkita dengan cara “ tunjuk dan tanya “

g)      Kamus yang sesuai- gunakan selalu bagi memudahkan penerangan sesuatu perkataan dalam Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris dan sebaliknya kepada anakkita.Cara ini sangat bagus kerana anakkita  bukan hanya faham  kepada sesuatu perkataan itu sahaja  malah perkataan yang lain yang mempunyai maksud yang sama juga.

h)     Dapatkan  program kanak-kanak yang sesuai dengan umur  dan  tahap anakkita yang boleh meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka,kerana selalunya program kanak-kanak  yang ada dipasaran sekarang memudahkan ibubapa dalam prosess pengajaran anakkita

Program bacaan anakkita memudahkan  ibubapa untuk meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris  anakkita dengan mudah dan berkesan.

buy 2 get 2

Mulakan pendidikan awal anakkita dalam penggunaan Bahasa Inggeris dengan program bacaan anakkita …HARI INI !!!

Untuk tempahan  program bacaan anakkita ,sila klik produk di laman www.anakkita.com.my atau hubungi kami

di talian  016-3758923 atau 016-6363225 . 

 

 SELAIN KASIH SAYANG ,ILMU ADALAH HADIAH YANG PALING  BAIK UNTUK ANAKKITA DARIPADA IBUBAPA KERANA IA MENGAJAR ANAKKITA BELAJAR DUNIA PERSEKITARAN  MEREKA.

 

 

learning proses 

 

THOUGHTS  FOR THE WEEK 

“ To be a great teacher  for our children “

we must know 25 % of their skills and capabilities and

75% from learning together with them.

REMEMBER

life is a learning process from one another.

 

 

next  update  15th june 2015  

ACTIVITIES FOR THE RIGHT SIDE BRAIN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog Anakkita .Kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana masih lagi setia mengikuti blog anakkita sehingga hari ini.

 

Sepertimana yang saya terangkan  di minggu lepas tentang beberapa peringkat pembelajaran anakkita dan juga cara anakkita belajar menggunakan pemikiran mereka untuk mempelajari sesuatu perkara dan objek.Sebagai ibubapa kita harus belajar memahami anakkita dari luar dan dalam tentang kebolehan atau kelemahan mereka dengan pengetahuan ini kita boleh mengajar anakkita tentang dunia persekitaran mereka dengan cara yang mudah dan berkesan.

Walaupun kami tidak mempunyai  pengiktirafan dalam bidang kanak-kanak namun kami mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalan bidang kanak-kanak selama 20 tahun tetapi kami masih lagi belajar untuk  menjadi seorang ibubapa yang baik kepada anak kami. Kadang–Kadang kita belajar tentang kehidupan ini melalui perubahan masa dan juga daripada anakkita.Sepertimana saya katakan sebelum ini bahawa kita hanya hidup sementara sahaja di dunia ini dan dunia ini adalah sebuah tempat pembelajaran kepada kita semua untuk belajar siapa diri kita dan matlamat kita dan juga belajar mengenali kebolehan ,kekuatan dan kelemahan kita di dunia ini.

Oleh itu marilah kita belajar tentang diri kita serta kebolehan kita untuk mendidik anakkita menjadi seorang yang bijak,berpengetahuan,berguna serta seorang yang soleh dan solehah untuk menjaga warisan kita.

 

 

book

INGAT,

Tugas seorang ibubapa bukan sekadar hanya memberi MAKANAN,PAKAIAN DAN TEMPAT TINGGAL  SAHAJA kepada anakkita TETAPI JUGA ILMU AKHIRAT DAN DUNIA supaya anakkita belajar hidup berdikari tanpa bantuan kita di kemudian hari nanti.

 

 

Kebanyakkan anakkita menggunakan Hemisfera kanan ( Right side brain )untuk belajar.Bagi anakkita yang menggunakan Hemisfera kiri ( Left side brain )ia tidak akan menjejaskan pemikiran mereka jika kita merangsangkan pemikiran anakkita yang menggunakan hemisfera kanan ( Right side brain)malah ia juga membantu anakkita untuk memproses maklumat dalam pelbagai kaedah serta membina hemisfera yang lemah untuk berfungsi seperti Hemisfera kanan dalam proses pembelajaran.

 

 brain

Di bawah adalah aktiviti-aktiviti yang kita boleh gunakan untuk megajar anakkita ,yang menggunakan Hemisfera kanan ( Right side brain ).

 

A)     Memainkan doa doa ,surah surah,ayat ayat suci Al-Quran atau muzik semasa anakkita membuat atau belajar sesuatu  kemahiran seperti menulis atau bermain puzzle kerana ia boleh membantu Hemisfera kanan ( Right side brain ) anakkita untuk menumpukan perhatian yang berpanjangan serta boleh berfikir denggan baik.

B)      Semasa pengerakan fizikal anakkita seperti menari kita boleh mengajar anakkita seperti mengira atau menyebut abjad sambil menari mengikut rentak atau langkah tarian mereka kerana ia menyeronokkan serta anakkita belajar tentang nombor dan abjad tanpa kita mengajar.

C)      Buat beberapa pergerakan yang mudah seperti sentuh jari kaki dan berpusing serta tepuk tangan dan suruh anakkita untuk membuatnya, kemudian tukar pada pergerakan yang lain dan tanya anakkita apa yang kita buat tadi ,secara tidak langsung anakkita belajar tentang anggota badan kita malah ia juga merapatkan silatulrahim kita .

D)     Gunakan White board atau Drawing Pad sebagai satu cara mengajar untuk menulis, bentuk,peta atau sesuatu objek bersamaan sedikit maklumat dan huraian atau keterangan kerana anakkita belajar melalui bunyi dan gambar ( Verbal and Visual ).

E)      Cuba membina sesuatu bahasa yang mudah untuk berkomunikasi dengan anakkita contoh berkomunikasi melalui gambar daripada perkataan supaya anakkita boleh berhubung dengan kita atau belajar dengan cara yang senang seperti tampalkan

Gambar pasar –>Gambar sayur–>Gambar rumah–>Gambar jam untuk meninggalkan sebagai satu pesanan kepada anakkita bahawa kita keluar ke pasar untuk membeli sayur dan pulang ke rumah pada pukul berapa.

F)      Menggalakkan anakkita untuk melukis dan mewarna kerana aktiviti ini mempunyai penukaran yang kuat kepada Hemisfera kanan ( Right side brain ) kerana anakkita melihat dunia persekitaran mereka daripada perspektif yang berbeza.

G)     Kita boleh mengajar anakkita tentang abjad atau nombor dengan cara yang lain seperti  satu permaianan contoh kita menulis nombor satu menggunakan jari kita di belakang badan anakkita dan tanya mereka apa nombor ini,dan suruh mereka berbuat demikian kepada kita juga sambil bermaian anakkita belajar juga. 

H)     Apabila kita memberi respon untuk menghuraikan sesuatu perkataan kepada anakkita semasa anakkita bertanya, Ayah itu apa ? kalau boleh terangkan lebih lanjut tentang sesuatu objek itu dan membantu anakkita belajar sebanyak yang boleh daripada kegunaan sesuatu objek itu,contohnya untuk mengenalkan perkataan “EPAL” ambil sebiji epal dan minta anakkita untuk menyentuh epal itu sambil bertanyakan tentang bentuknya,warnanya dan teksturnya dan bagi anakkita yang sudah mengenali epal,kita boleh mengajar mereka tentang bagaimana ia berhasil menjadi sebuah epal contoh potong epal tersebut dan suruh anakkita melihat di dalamnya di mana ia mengandungi biji dan terangkan daripada biji inilah kita boleh tanam dan ia akan menjadi sebuah pokok epal dan terangkan juga bahawa buah epal bukan sekadar kita boleh makan begitu sahaja malah kita boleh gunakan dalam masakan kita.Bayangkan daripada sebuah epal anakkita belajar tentang bentuk,warna,kegunaan dan bagaimana ia terhasil.Ini akan merangsangkan lagi seluruh deria anakkita untuk belajar mengenali sesuatu objek dengan mudah dan berkesan.

 

love

 

MINI DATA,

Walaupun kita menyediakan  makanan,pakaian ,tempat tinggal yang cukup dan selesa kepada anakkita.Namun satu satunya harta di mana anakkita akan membawa bersama mereka adalah

KASIH SAYANG KITA YANG TIDAK TERNILAI SERTA ILMU YANG KITA BERIKAN KEPADA MEREKA KERANA KITA TIDAK BOLEH BERSAMA DENGAN ANAKKITA UNTUK SELAMA- LAMANYA AKAN TETAPI IA SENTIASA TERSEMAI DI HATI MEREKA UNTUK SELAMA -LAMANYA.

 

 

Kepada semua ibubapa ,apa ynag saya terangkan minggu ini adalah sedikit sebanyak cara-cara untuk mengajar anakkita dengan senang dan berkesan kadang-kadang apa yang kita perlukan adalah

masa serta berfikir bagaimana kita boleh mengenali kebolehan dan kemahiran anakkita serta membantu untuk mencapai potensi mereka dalam pelajaran .

                                               

 buy 2 get 2

 

 kepada ibubapa yang ingin mengajar bahasa inggeris di rumah dengan cara mudah dan berkesan sila ke website kami www.anakkita.com.my dengan harga serendah rm149.00 ,kini anda mampu menyediakan sebuah mini perpustakaan di rumah anda. 

kerana bahasa itu adalah satu kemahiran. 

 

thinking 

THOUGHTS FOR THE WEEK

 A Quote from Henry Ford

“Thinking is the hardest work there is, that is why so few people engage it”

REMEMBER

When we learn our children learns too.

 

 

 

 

Next update end of may 2015 

 

STAGES OF LEARNING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua peminat setia blog anakkita.Kami mengucapkan Selamat Menyambut HARI IBU  semoga pada hari ibu ini di raikan dengan  penuh  kegembiraan .

 

 

buy 2 get 2

Mulakan pendidikan awal anakkita dalam penggunaan Bahasa Inggeris dengan program bacaan anakkita …HARI INI !!!

Untuk tempahan  program bacaan anakkita ,sila klik produk di laman www.anakkita.com.my atau hubungi kami

di talian  016-3758923 atau 016-6363225 . 

HAPPY MOTHERS DAY

 mother at work

” If all mothers become leaders of the world  then the world would be more peaceful and the people will not go hunger anymore  ”

 

Anakkita belajar tentang hidup mereka melalui beberapa peringkat pembelajaran dan juga pemikiran anakkita akan berkembang dalam peringkat ini di mana setiap peringkat menentukan bagaimana anakkita berfikir iaitu ,

 baby learn

PERINGKAT  PERTAMA ( Waktu rangsangan deria )

Di mana ia bermula sejak anakkita lahir sehingga 2 tahun.Contohnya, jika sesuatu objek itu tersembunyi atau tidak kelihatan daripada pandangan anakkita ia bermaksud objek itu sudah hilang atau tiada lagi akan tetapi semasa membesar anakkita mula sedar dan faham jika sesuatu objek itu tidak kelihatan atau tersembunyi daripada pandangan mereka ia tidak bermaksud objek itu tiada lagi.Peringkat ini anakkita belajar  melalui KONSEP PERSEMBAHAN.

 

LEARN

PERINGKAT KEDUA ( waktu rangsangan deria mula beroperasi )

Di mana ia bermula dari 2 tahun sehingga 6 tahun dalam peringkat ini anakkita mula belajar dunia persekitaran mereka dengan cara melalui rupa ( appearance ) Sebagai contoh, minta anakkita ambil 2 cawan yang berisi dengan air ,sekarang tuang satu cawan air ke dalam piring, kemudian tanya anakkita kenapa air di piring kurang daripada air di cawan ,? Mereka akan merasa sukar untuk memahami keadaan ini kerana kenapa kuantiti  air dalam cawan lebih banyak daripada piring sedangkan ia mempunyai kuantiti yang sama.Peringkat ini anakkita belajar melalui KONSEP KUANTITI.

 

LEARN 1

 

PERINGKAT KETIGA ( Rangsangan deria beroperasi kukuh )

Apabila anakkita berumur 7 tahun ke atas sekarang anakkita mula faham dan belajar  tentang  persekitaran mereka dan perubahannya serta menerima arahan dan boleh berfikir secara sendiri untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam sesuatu perkara yang menyeluruh atau sebahagiannya. Cara anakkita berfikir sekarang adalah sama seperti seorang dewasa namun mereka masih mempunyai kesukaran untuk faham sesuatu idea abstrak.Peringkat ini anakkita belajar melalui KONSEP PERUBAHAN.

 

LEARN2

 

PERINGKAT KEEMPAT ( Rangsangan deria beroperasi secara rasmi )

Apabila anakkita berumur dari 11 tahun sehingga 15 tahun  dalam peringkat ini anakkita belajar melihat lebih jauh dan mula faham dunia sebenar mereka.Anakkita mula faham kegunaan sesuatu perkara atau sesuatu idea serta kebolehannya .Perkembangan dan pengalaman ini akan membuat anakkita bersedia ke alam dewasa.Peringkat ini anakkita belajar melalui KONSEP  KEADAAN SEBENAR.

 

BOLEH TAK, KITA SEBAGAI IBUBAPA DAN GURU MEMPERCEPATKAN PROSES PEMBELAJARAN  INI DARIPADA SATU PERINGKAT KE PERINGKAT SETERUSNYA ?

jawapannya  ;  ya  jika kita mempunyai suasana yang betul serta membina rangsangan deria yang menyeluruh untuk anakkita kita boleh memperkembangkan kebolehan anakkita kerana anakkita faham dunia  sekeliling mereka dengan cara melihat,menyentuh,bermain dan anakkita belajar persekitarannya melalui pengalaman  mereka sendiri.

 

teeth

 

INGAT,          

Kita tidak boleh mengajar anakkita dengan cara paksa kerana kita tidak mempunyai  kuasa untuk mengawal perkembangan kebijaksanaan anakkita sama seperti semasa gigi mereka mula bertumbuh, ada yang cepat dan ada yang lambat.

 

 

kids cooking

MINI DATA,

Kajian mengatakan bahawa manusia mempunyai 3 sistem untuk memperoses informasi  iaitu melalui TINDAKAN,GAMBAR DAN SIMBOL di mana seorang dewasa boleh menukar daripada satu sistem kepada sistem yang lain tetapi anakkita bergantung  hanya kepada 2 sistem sahaja iaitu melalui sistem tindakan dan gambar.

 

 

 brain

KITA MEMPUNYAI DUA HEMISFERA PEMIKIRAN  (  RIGHT SIDE AND LEFT SIDE BRAIN )

Baru-baru ini banyak kajian telah dilakukan dalam perkembangan otak serta kegunaannya dan kajian juga mendapati bahawa otak manusia mempunyai struktur dan kegunaan yang berbeza serta kemahiran yang sedia ada di ruang pemikiran ini seperti :

a)      Hemisfera kiri  ( Left Brain ) dikatakan untuk  kegunaan kemahiran seperti menulis,membaca,bahasa,phonics,mendengar dan menerima arahan.

b)      Hemisfera kanan  ( Right Brain ) berhubung dengan kemahiran matematik,menyanyi dan muzik,kreativiti,perasaan dan emosi  dan juga kesenian serta perhubungan.

 

Kebanyakkan orang yang menggunakan hemisfera kiri ( Left Brain ) berfikir dalam simbol serta boleh berfungsi  dan faham kegunaannya dalam simbol dimana orang yang menggunakan hemisfera kanan ( Right Brain )belajar melalui sentuhan,pergerakkan dan perbuatan.Walaupun kita menggunakan kedua dua hemisfera pemikiran ini namun kita selalunya hanya bergantung atau mengunakan  satu hemisfera pemikiran sahaja untuk belajar memproses informasi dan jika kita boleh belajar untuk mengimbangkan kekuatan kedua dua hemisfera pemikiran ini  ia akan meningkatkan potensi  anakkita  lagi.

 

Selalunya ibubapa atau guru mempunyai masalah untuk mengajar seseorang anakkita itu dalam pelajaran  kerana bukan semua  anakkita belajar dengan cara yang sama atau dengan cara pengajaran berpandukan sistem yang sama.Jika anakkita tidak cenderung atau tidak memberi perhatian dengan cara pengajaran yang sama kita harus menukar atau mengubah cara kita untuk mendapatkan perhatian mereka seperti  bagi anakkita yang mengunakan hemisfera kiri ( Left Brain) gunakan simbol untuk mengajar mereka dan bagi anakkita yang menggunakan hemisfera kanan (Right Brain) gunakan dengan cara sentuhan dan pergerakkan untuk mengajar mereka.

 

Bagaimanakah caranya, kita boleh mengenali  hemisfera pemikiran yang manakah anakkita menggunakan ?

 Jawapannya:  melihat anakkita belajar sesuatu perkara dengan cara mereka sendiri .

 

 kids learning

Bukan semua anakkita yang menggunakan hemisfera kanan (Right Brain) mempunyai  kesukaran untuk menerima arahan, menggunakan isyarat dalam percakapan mereka atau mempunyai kesukaran untuk meletakkan semula sesuatu objek atau permainan seperti  puzzle.Dan cara yang lain untuk kita mengenali adalah jika anakkita seorang  tangan kanan (Right hander) kemungkinan dia menggunakan hemisfera kiri atau hemisfera kanan untuk pemikirannya tetapi jika anakkita seorang kidal (Left hander) selalunya dia menggunakan hemisfera kanan untuk pemikirannya.

 

 

happy mom 

THOUGHTS FOR THE WEEK

 Without number One there is no number Two

Without Man there is no Women

Without Women there is no Us

REMEMBER

Love and respect your wife as you to your mother

Because your wife will be mother to your children as you to your mother.

 

 

 IMG_5150

www.anakkitahomestay.blogspot.com

 

kepada semua yang ingin merasai satu penginapan yang berbeza,selesa serta mempunyai pelbagai kemudahan 

datanglah ke ANAKKITA HOMESTAY @ Bangi

yang berkonsepkan penginapan seperti hotel tetapi dengan keselesaan seperti dirumah.

 

Next update  15th May 2015     

 

TO BE A TEACHER ( PART 2 )

Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada pembaca setia blog anakkita,Jutaan terima kasih kerana setia mengikuti blog anakkita ,semoga dengan ilmu yang anda dapat dari blog anakkita ini boleh di kongsikan bersama  keluarga ,sanak saudara dan sahabat handai.

 

buy 2 get 2

Program bacaan anakkita adalah sebuah program yang khusus dalam pendidikan awal kanak-kanak dari umur 6 bulan hingga 7 tahun untuk menguasai bahasa inggeris.

Dapatkan program bacaan anakkita  dengan harga 50% diskaun, HARI INI !!! 

Hubungi kami  di talian 016-6363225/016-3758923

atau

boleh dapatkan secara online di www.anakkita.com.my 

 

 

Zaman sekarang ibubapa berkerja keras untuk menampung keluarga masing-masing dan biasanya  tidak mempunyai masa untuk mengajar anakkita ,oleh itu ibubapa sekarang menaruh harapan kepada guru-guru taska,tadika dan sekolah untuk mendidik anakkita, namun demikian kita sebagai ibubapa harus ingat bahawa proses pembelajaran anakkita sebenarnya bermula dari rumah kita bukannya di taska mahupun di tadika. Sepertimana saya katakan sebelum ini untuk menjadi seorang  guru  kepada  anakkita ,kita tidak semestinya mempunyai  kemahiran atau ijazah atau bahan –bahan bacaan yang mahal untuk mendidik anakkita di rumah.

”APA YANG KITA PERLU ADALAH  HANYA MASA SAHAJA”.  

 

green leaf

CONTOH ;

Ambil satu DAUN dan tanyakan  kepada  anakkita yang berumur  3 tahun ke atas apakah nama tumbuhan ini ?, Anakkita akan menjawab itu adalah DAUN , Sekarang kita memberitahu anakkita bahawa warna DAUN  ini  adalah Hijau dan dalam Bahasa Inggeris ia di panggil GREEN  LEAF,Sekarang tanya anakkita boleh tak kita makan DAUN ini ?, Anakkita akan ketawa sambil menjawab kita tidak boleh makan dan kita tanya dia kenapa kita tidak boleh makan DAUN ini ?, Anakkita akan menjawab Cuma  binatang saja yang boleh makan , Kita tanya lagi sekali  BINATANG apa yang boleh makan DAUN ini ?, Anakkita akan kata LEMBU atau KAMBING.

Cuba kita tanya diri kita sendiri  apa sebenarnya yang berlaku dalam situasi ini, Anakkita belajar tentang DAUN  seperti  warnanya dan kegunaannya tanpa kita mengajar sedangkan kita cuma berborak dengan anakkita sekadar dalam masa 2 hingga 3 minit sahaja.Apa yang saya hendak terangkan di sini adalah walaupun kita sibuk macamana pun kita hanya perlu luangkan masa kualiti kita iaitu diantara 5 hingga 10 minit sahaja dalam sehari untuk berbual atau mengajar anakkita ,tanpa kita sedar secara tidak langsung kita menjadi guru kepada anakkita.

 

good listener

BAGAIMANA CARANYA MENJADI SEORANG PENDENGAR KEPADA ANAKKITA DAN KENAPA IA SANGAT PENTING KEPADA MEREKA ?

Kajian mengatakan bahawa anakkita yang berumur 6 tahun kebawah hanya percaya kepada ibubapa bahawa kita akan mendengar luahan  mereka apabila kita melihat muka anakkita semasa anakkita sedang bercakap dengan kita.Kadang-kadang kita sebagai  ibubapa tidak mengambil berat tentang perkara kecil seperti ini termasuk saya juga kerana saya pernah mengalami situasi yang sama sewaktu saya memasak.

 

 

cooking

Pengalaman kami,

Semasa saya sedang memasak ,tiba-tiba anak saya ARISSA memanggil saya “ DADDY “ dan saya menjawab “YES ,ARISSA WHAT YOU WANT “ sambil memasak 10 saat kemudian Arissa memanggil saya lagi “ DADDY “ dan saya masih menjawab “YES, ARISSA “ tanpa melihat dia 10 saat kemudian Arissa memanggil saya lagi “DADDY “ tetapi sekarang saya menjawab dengan nada yang tinggi “WHAT ,ARISSA “  dan saya masih tidak melihat dia kerana sibuk hendak menyiapkan masakan saya,tiba-tiba Arissa menjerit “DADDY !!!! “dan saya juga menjerit “WHAT DO YOU WANT “ Arissa sebenarnya cuma ingin nak tahu baju mana yang  cantik untuk dipakai. KENAPA PERKARA KECIL SEPERTI INI MEMBUAT SAYA MARAH DAN MERASA BERSALAH KERANA MEMARAHI  ARISSA.

Selalunya kita yang bercakap dengan anakkita “ LIHAT SAYA APABILA SAYA BERCAKAP “ Tetapi kita jarang melihat anakkita apabila dia bercakap dengan kita.

Pada hari esoknya semasa saya menonton TV Arissa memanggil saya “ DADDY “ dan saya menjawab “ YES ,ARISSA I’M LISTENING “ dengan nada yang rendah Arissa menjawab “BUT  YOU ARE NOT LOOKING AT ME “ barulah saya sedar selalunya kita sebagai ibubapa jarang sekali kita melihat anakkita apabila mereka sedang  bercakap dengan kita walaupun kita mendengarnya. Apabila saya melihat muka Arissa dan menjawab soalannya dia senyum dan masuk ke bilik dia untuk bermain dengan adiknya.Cara yang paling mudah ini selalunya kita lupa.kadang-kadang perkara yang remeh inilah yang merumitkan pertalian kita antara anak dan ibubapa.

 

baby eyes

INGAT,

Sebenarnya  EYE CONTACT  sangat penting kerana ia memberitahu kepada kita bahawa mereka mendengar atau memberi  tumpuan kepada kita apabila kita sedang bercakap dengan mereka.EYE CONTACT  adalah satu amalan yang baik kepada semua kerana ia akan memberi rangsangan serta perhatian mereka untuk memberi  tumpuan kepada orang yang sedang  bercakap dengan mereka , malah dengan orang dewasa  juga,oleh itu ibubapa harus menjadi seorang pendengar yang baik kepada anakkita dengan melihat mata mereka apabila anakkita sedang bercakap dengan kita kerana ia sangat penting  kepada anakkita untuk merapatkan silatulrahim kita dan ia  juga akan memberi  keyakinan  kepada  anakkita bahawa walaupun apa yang terjadi, IBU dan AYAH sentiasa ada disisi mereka untuk mendengar mereka.MENDENGAR  adalah salah satu cara yang paling mudah untuk mengenali anakkita dan percayalah ia berbaloi.

 

Ibubapa , Apa yang saya ceritakan hari ini adalah satu pengajaran yang saya belajar dalam hidup saya bahawa satu satunya cara untuk belajar dalam hidup kita bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau mengelakkan perselisihan faham antara manusia adalah MENDENGAR DENGAN  HATI YANG IKHLASOleh itu marilah kita sebagai  Ibubapa meluangkan masa kita untuk mendengar anakkita dan melihat mereka membesar  menjadi  seorang  insan yang  berguna  kepada keluarga kita. 

 

love and time

INGAT,

 ANAKKITA TIDAK PERLUKAN  PAKAIAN, BARANG MAINAN  ATAU BUKU YANG MAHAL  SERTA HARTA BENDA DAN WANG RINGGIT  DARIPADA  KITA TETAPI  MEREKA HANYA MEMERLUKAN KASIH SAYANG DAN MASA KITA SAHAJA SEBAGAI SEORANG IBUBAPA, KAWAN DAN GURU MEREKA.

 

 

parent and child

THOUGHTS FOR THE WEEK

  When we listen to our world, we learn many things in our life,

NOW

Imagine if the world has no sound, we won’t learn to appreciate what life is all about.

REMEMBER

Listen to our children now so that they will listen to us later when we were old.

 

IMG_5150IMG_5132
Call us today to book a night of magical stay at  Anakkita Homestay @ Bangi
Muhammad danial – 016-3758923
Marlinda – 016-6363225
 
Whatsapp – 01126103225
 

 

NEXT UPDATE  end of april 2015

 

 

TO BE A TEACHER

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca blog anakkita dan juga kepada yang baru membaca blog anakkita, semoga blog ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam mendidik anakkita.

Kebanyakkan daripada kita dahulu tidak pernah ke tadika seperti  saya dan saya masih percaya bahawa guru sekolah adalah guru pertama kita,tetapi selepas saya berhijrah ke kuala  Lumpur dan berkerja di sebuah syarikat yang menjual  bahan-bahan bacaan dalam Pendidikan Awal kanak-kanak barulah saya sedar bahawa kita boleh mengajar anakkita dari peringkat kandungan lagi.

 

 pregnant

KELUARGA ( pengalaman kami ),

Bila isteri saya mengandung dengan anak pertama kami ,saya mula membaca abjad A-Z dan buku-buku cerita di perut isteri saya semasa isteri saya mengandung 6 bulan ke atas.Pada mulanya saya tidak percaya namun selepas beberapa hari  kemudian apabila saya bercakap dengan anak saya di mana dalam kandungan lagi dia mula memberi respon dengan menendang bila saya suruh.Selepas dari  itu kami terlalu gembira dan terharu kerana anakkita sudah boleh berkomunikasi dengan kita walaupun dalam kandungan lagi .Sejak daripada hari itu kami selalu bercakap ,bercerita dan selalu mendengarkan  bacaan-bacaan doa  dan surah-surah dalam  Al-Quran.Semasa anak kami Arissa berumur 7 bulan, kami mula membawa anakkita ke kolam renang bukan untuk mengajar dia berenang malah untuk menghilangkan rasa takut terhadap air,kerana anakkita sebenarnya tahu bagaimana untuk mengampungkan diri mereka di dalam air kerana mereka mempunyai 9 bulan pengalaman semasa dalam kandungan lagi.

 

swimming elephant

Adakah anda tahu ,?        

Gajah yang seberat 4 ribu kilo boleh berenang sedangkan kita seberat 40 kilo tidak tahu berenang kenapa ? apabila kebanyakkan daripada kita tidak didedahkan bermain  air dalam kolam yang dalam daripada peringkat awal lagi.Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kita mempunyai perasaan takut  kepada air.

 

 

infant swimming

MINI DATA,

Berenang adalah satu aktiviti atau latihan yang paling baik untuk ibu-ibu yang mengandung kerana kita boleh mengerakkan seluruh anggota badan kita serentak di mana sekaligus ia memudahkan proses persalinan  tanpa mengambil masa terlalu lama atau kesakitan.Isteri saya cuma mengambil masa sejam 15 minit untuk bersalin selepas pecah air ketuban untuk ketiga-tiga anak kami iaitu ARISSA , ARIANA DAN ALIYYA.

Semasa Arissa berumur 2 tahun, Arissa tidak lagi takut terhadap air malah boleh bermain di dalam kolam renang yang  dalamnya 5 kaki dengan sendiri hanya menggunakan pelampung sahaja.Dan pada masa yang sama kami mempunyai anak  ke dua kami yang bernama Ariana.

Apabila Arissa berumur 3 ½  tahun dan bermain dalam kolam renang dengan sendiri.Kami mengambil kesempatan ini untuk membawa perhatian kepada anakkita yang ke dua iaitu Ariana untuk melihat kebolehan kakaknya  sambil  kita memberi sokongan dan pujian dengan kebolehan kakaknya serta berkongsi kegembiraannya bersama.Sekarang Ariana pula tidak takut dengan air malah dia pun nak terjun seperti  kakaknya.

Dan begitulah seterusnya kami praktiskan kepada anak kami yang ketiga iaitu Aliyya yang berumur 2 tahun.Kini Aliyya suka bermain dengan air dikolam renang tanpa ada perasaan takut sama sekali.

 

 

IMG_20140322_172635

” Suasana bersama seperti ini mewujudkan satu silatulrahim yang merapatkan kita dengan anakkita dan ia sebenarnya mengambil masa dan usaha untuk kita mencari peluang untuk bersama dengan anakkita kerana sesuatu kejayaan atau keputusan tidak boleh di ukur tetapi kita hanya boleh merasai keindahannya dalam diri kita.Setiap tenaga dan masa yang kita luangkan dengan anakkita untuk bercakap,bergaul,bermain,belajar sesuatu perkara atau menonton sesuatu rancangan bersama,keeratan inilah  yang akan menjadikan kita sebagai seorang manusia yang gembira  dan  dengan penuh kebahagiaan serta kefahaman dalam menjalani kehidupan kita bersama.”

 

 

children education

Kenapa tidak, kita membiarkan bab pendidikan anakkita kepada pihak sekolah sahaja ?

Ibubapa boleh meninggalkan tanggungjawab mereka dalam pendidikan kepada pihak sekolah untuk mengajar anakkita supaya mereka boleh belajar membaca,mengira,atau menulis tetapi peluang pembelajaran dan perkembangan masa berinfomasi ini sebenarnya bergantung kepada usahasama  ibubapa dan guru sekolah anakkita.

Jika ibubapa mengambil peranan dan bertanggungjawab untuk mengajar daripada peringkat awal lagi untuk mengajar anakkita dalam perkara asas seperti membaca,mengira atau menulis ini akan meningkatkan peluang anakkita untuk berjaya dalam persekolahannya nanti.

Cuba bayangkan ,perasaan keyakinan anakkita apabila anakkita ke tadika di mana dia sudah tahu semua perkara asas semasa guru mereka mengajar ini akan memberi  keyakinan untuk anakkita belajar dengan lebih baik dan bersungguh-sungguh serta anakkita mempunyai perasaan bangga dengan kebolehannya.

 

 

parents 1

INGAT,

Perkara yang paling penting dalam hidup anakkita adalah usaha dan peranan  ibubapa dalam Pendidikan Awal sebelum anakkita mula belajar di sekolah.

 

Satu langkah untuk dicontohi  !  

anakkita sebenarnya belajar melalui kita.

Semasa kami  di kampung, saya membawa Arissa pergi memancing di parit bersama dengan isteri saya dan apabila saya menyuruh Arissa untuk mengambil cacing tanah sambil berkata..Arissa,

 

Do you know that  fish like worms ,when we put this worm on the hook as bait it will attract the fish to bite, Tiba-tiba isteri saya menjerit dan berkata eei gelinya ,jangan pegang itu kotor.Pada mulanya Arissa ingin mahu mengambilnya tetapi selepas dia mendengar teriakan emaknya, Arissa terus bangun dan berkata eh geli dirty daddy.

Lazimnya memang semua tidak suka dengan cacing tanah tetapi saya mengambil peluang ini untuk mengajar Arissa tentang kehidupan cacing tersebut dan kegunaannya.Tetapi apa yang sebenarnya berlaku  dalam keadaan ini adalah Arissa belajar cacing tanah itu mengelikan dan kotor serta bahaya untuk di pegang kerana tanpa sedar isteri saya berkomunikasi dengan Arissa melalui kelakuan emosinya  dan Arissa belajar melalui kelakuan ini kerana isteri saya adalah ibu dan juga orang yang paling di percayai oleh Arissa.

 

Ini menunjukkan bahawa peranan ibubapa mempunyai  tindak balas yang sangat ketara dalam mendidik dan membesarkan anakkita dalam kehidupan mereka !!!

Kita menjadi  ibubapa yang baik melalui tunjuk ajar daripada orang tua kita dan juga melalui pengalaman kita dan tanpa kita sedar kita telah menjadi seorang guru kepada anakkita  daripada awal lagi.Oleh itu marilah kita mengajar anakkita dengan akhlak yang baik serta ilmu akhirat dan dunia supaya anakkita berjaya dalam hidup mereka.

 

 

gejala social

CUBA ANDA RENUNGKAN FAKTA INI  !!!!!

30 tahun dahulu adakah kita mempunyai masalah-masalah sosial seperti  mat rempit, bohsia atau budaya lepak  di kalangan anakkita tetapi kenapa sekarang sahaja kita mengalami masalah-masalah sosial seperti ini, adakah zaman moden sekarang yang menyebabkan anakkita mempunyai kelakuan buruk ini daripada pergaulan mereka  ?  atau  adakah daripada ibubapa kerana kita kurang bergaul dengan anakkita untuk mengajar akhlak dan ilmu  ?

 

 

 trust

 

THOUGHTS FOR THE WEEK

 Our greatest enemy is enemy within ourselves,  that is fear to trust .

remember

believe in your children and support them so that they can learn to trust us in whatever they do in their life.

 

NEXT UPDATE  MIDDLE  APRIL 2015