CREATIVE THINKING PART 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua peminat setia Blog anakkita ,Doa dari kami semoga semuanya dalam keadaan sihat dan ceria sentiasa bersama keluarga dan orang yang tersayang.

 

Sebagai seorang Ibubapa kita boleh membantu membina pemikiran kreatif anakkita berkembang dengan soalan-soalan yang mempunyai halangan ( Road Blocking Question ) kepada sesuatu jawapan yang mereka ingin mencari atau kepada sesuatu perkara yang mereka ingin lakukan.

Contohnya :

 

Dewasa – Apa Adik akan buat apabila balik dari sekolah dan mendapati pintu luar rumah di kunci  ?

Kanak-kanak  – Saya akan ketuk pintu dan minta di buka untuk masuk ke rumah.

Dewasa – Ok, Katakan masa itu tiada siapa di rumah ?

Kanak-kanak – Saya akan cari kunci yang lagi satu di rak kasut di mana Ibu selalu letak jika ada kecemasan.

Dewasa – Ah,tapi kakak adik dah ambil dan dia lupa letak balik ke tempat asalnya.

Kanak-kanak – Mungkin saya akan masuk melalui tingkap rumah.

Dewasa – Tetapi Ayah adik pasang system penggera untuk keselamatan sebagai satu langkah untuk mencegah kecurian.

Kanak-kanak – Kalau macam itu,Saya akan pergi ke rumah jiran sebelah dan tunggu sampai Ibu balik.

Dewasa – Katakan, Jiran sebelah pergi melancong dan akan balik selepas 3 hari.

 

Perbincangan seperti ini boleh membuat kita binggung dan marah akan tetapi ini adalah salah satu cara yang di katakan Road Blocking ( penghalang ) kerana ia akan membuat kita untuk berfikir mencari jalan alternatif atau jawapan yang lain  bagi menyelesaikan sesuatu perkara atau tugasan. Road Blocking ( penghalang ) ini boleh membuat pemikiran anakkita untuk berkembang serta ia juga memberi satu keyakinan kepada diri mereka untuk cuba mencari beberapa jalan penyelesaian untuk mengatasinya apabila mereka berada dalam sesuatu situasi yang sukar.

 

Jika kita boleh meluangkan masa untuk bersama dengan anakkita walaupun beberapa minit dengan aktiviti-aktiviti sedemikian semasa memandu ketika perjalanan pulang ke rumah,selepas makan malam atau semasa kita tidurkan mereka ,Dengan cara ini kita secara tidak langsung membuka minda pemikiran anakkita untuk menyedari bahawa ada banyak jalan alternatif untuk mengatasi sesuatu masalah dan apabila mereka berada dalam sesuatu situasi yang sukar anakkita akan cuba mencari lebih daripada satu jawapan untuk mengatasinya.

Kalau boleh minta anakkita memberi kita satu masalah dengan beberapa penghalang kemudian kita cuba menyelesaikannya.Cara ini sungguh menyeronokkan malah ia juga mengeratkan lagi silatulrahim kita dengan anakkita.

 

SOALAN-SOALAN PENGHALANG YANG BOLEH MEMBINA MINDA PEMIKIRAN ANAKKITA UNTUK BERKEMBANG.

 

1 ) Tanya anakkita,Apa Adik akan buat jika seekor kucing mengekori adik ke rumah semasa pulang dari taman ?

2 ) Tanya anakkita, Apa Adik akan buat jika tiba-tiba adik tidak boleh bercakap ?

3 ) Tanya anakkita, Apa Adik akan buat jika adik bersendirian di rumah pada waktu malam dan semua lampu rumah terpadam ?

4 ) Tanya anakkita,Apa Adik akan buat jika kakak tidak membenarkan adik bermain dengan mainannya di mana sebelum ini kakak membenarkan adik bermain ?

 

 

 

INGAT,

Matlamat utama Roadblocking ( penghalang ) adalah untuk memberi peluang kepada anakkita supaya berfikir mencari sebanyak mungkin jalan alternatif atau jawapan kepada sesuatu masalah jika anakkita belajar mencari jalan penyelesaian daripada penghalang-penghalang ( Roadblocks ).

Ini boleh membuat anakkita menjadi seorang yang cekal dan bijak di mana ia membantu mereka dalam bidang pelajaran seperti sains,kemahiran bahasa dan pelajaran sosial kerana kini anakkita adalah seorang yang kreatif .

 

 

AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH MEMBINA PEMIKIRAN KREATIF ANAKKITA.

 

1 ) Role playing- Memainkan sesuatu peranan seperti meminta anakkita melakonkan adegan dalam cerita yang melibatkan beberapa watak.

2 ) Minta anakkita menggunakan imiginasi mereka untuk bercerita dengan menggunakan boneka atau finger puppet.

3 ) Memberi bahan-bahan makanan  kepada anakkita dan meminta mereka untuk membuat sesuatu makanan daripadanya seperti salad atau sandwich.

4 ) Minta anakkita membuat sesuatu pertunjukkan untuk tontonan kita seperti tarian,menyanyi atau bercerita.

5 ) Cuba bermain jigsaw puzzle dengan anakkita bermula dengan yang mudah kepada yang sukar.

 

 

MINI DATA,

Roadblocking can be used with children as young as 4 or 5 to help them think of what to do if a problem arises and you are not there.It can be valuable safety drill if you deal with a situation such as what would  you do if we went to the store and you got lost and couldn’t find me ?

 

 

ANDA TAHU TAK ?

Tugas seorang Ibubapa bukanlah hanya untuk memberi Makanan,Pakaian dan Tempat tinggal sahaja kepada anakkita malah juga ILMU AKHIRAT DAN DUNIA supaya mereka menjadi seorang insan yang soleh dan solehah dan berjaya dalam hidup mereka.Jika kita menyayangi dan menghormati mereka sekarang maka esok kita akan di sayangi dan di hormati serta di jaga di hari tua kita nanti kerana ramai Ibubapa sekarang tidak mendapat kasih sayang anak mereka dan di tinggalkan di rumah kebajikan atau di rumah orang tua.Perkara ini berlaku kerana semasa anakkita masih kecil lagi kita tidak mengambil berat  kepada keperluan mereka serta tidak memberi perhatian kita kepada mereka semasa membesar.

 

 

 

 

 

INGAT,

Jangan membiarkan perkara ini berlaku kepada kita.

SEORANG IBUBAPA BOLEH MENJAGA 10 ORANG ANAK TETAPI MALANGNYA ZAMAN SEKARANG 10 ORANG ANAK TIDAK BOLEH MENJAGA SEORANG IBU DAN BAPA. Oleh itu, Ingatlah kita sebagai seorang Ibubapa memainkan satu peranan yang sangat penting dalam hidup anakkita bagi menjaminkan masa depan yang cerah serta tanggungjawab mereka kepada kita sebagai Ibubapa mereka.

 

 

THOUGHTS FOR THE WEEK

 

“ Life is a circle what goes around comes around “

REMEMBER

Our children depend on us now as we depend on them later.

 

 

 

NEXT UPDATE  15th  November 2017 

Leave a Reply

Protected by WP Anti Spam