KELAHIRAN DANISH BIN MUHAMMAD DANIAL

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Anakkita dan juga kepada yang baru membuka blog Anakkita.

merry christmas

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan

MERRY CHRISTMAS DAY  

kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya dan juga Selamat menyambut  TAHUN BARU 2017  .

 

2017

 

Ribuaan terima kasih di atas sokongan pembaca blog Anakkita sehingga kini.

Alhamdullilah dan bersyukur kami sekeluarga berada di dalam lindungannya ,di beri kesihatan, di panjangkan umur dan di murahkan rezeki.

JpegJpegJpegJpegJpegJpeg

Tarikh 4hb April 2016 bermulalah kisah kami sekeluarga memulakan kehidupan yang baru ,perancangan yang baru dan pengurusan kekeluargaan yang baru dengan kehadiran cahaya mata kami iaitu DANISH BIN MUHAMMAD DANIAL tepat jam 3.05 pagi dan lahir secara normal di hospital serdang Selangor.Danish di jangkakan due pada tarikh 5hb Mei 2016 ,tetapi dengan izinnya Danish keluar cepat iaitu 38 minggu 3 hari di mana doktor memberitahu Danish masih di kira bayi yang pramatang.Tarikh Danish keluar adalah tarikh Ulang Tahun Daddynya iaitu 4hb april juga dan dengan tidak secara langsung itulah hadiah yang paling berharga buat daddynya kerana menginginkan anak lelaki.Amin

 

JpegJpeg

Terima Kasih Allah dengan Anugerah yang paling istemewa ini..

 

Danish semasa lahir beratnya 3 kg dan alhamdullilah walaupun Danish lahir pramatang berat Danish sudah mencukupi seperti baby yang lahir matang.Tetapi doktor menahan saya di wad 2 hari bagi memantau kesihatan dan tubuh badan Danish oleh klinik pakar kanak-kanak.Hari ketiga saya sudah boleh pulang kerumah.Setelah pulang kerumah hari kedua Danish didapati sakit Demam kuning yang bacaannya sangat tinggi, lalu pihak klinik memberi surat untuk Danish membuat pemeriksaan seterusnya di Hospital Serdang untuk pemeriksaan selanjutnya.Kami membawa Danish pada pukul 4.30 petang ke Hospital serdang dengan segera ,Walaupun pada ketika itu saya belum lagi sembuh dan keadaan saya yang baru hari kelima lepas bersalin.

Saya dan suami pada saat itu sangat risau dengan keadaan baby Danish yang masih kecil  dan bermacam-macam yang kami fikirkan namun kami kuatkan semangat juga.Selama 2 jam kami menunggu bacaan Demam kuning Danish masih lagi tinggi dan Danish terpaksa di tahan di wad unit kanak-kanak untuk menurunkan bacaan Demam kuningnya.Sampai sahaja di wad unit kanak-kanak Danish di uruskan oleh jururawat yang bertugas bagi memantau Demam kuningnya,saya terpaksa menunggu Danish di luar kerana tiada katil untuk Ibu dan kebetulan pada masa itu wad kanak-kanak di Hospital serdang dalam kerja-kerja pembaik pulih ,pihak Hospital cuma menyediakan sofa di luar untuk Ibu-Ibu menunggu.Jam menunjukkan pukul 9.00 malam bacaan Demam Kuning Danish masih lagi tinggi ini membuatkan kami semakin risau.

Alhamdullilah saya mepunyai seorang suami yang begitu penyayang dan memberi saya sepenuh kasih sayang serta sokongan bagi menenangkan fikiran saya dengan keadaan kesihatan saya yang betul-betul ketika itu tidak mempunyai tenaga langsung dan dalam masa yang sama saya menyusukan baby Danish.Pada pukul 11.30 malam doktor ada berjumpa dengan kami dan memberitahu bacaan Demam Kuning Danish bertambah tinggi dan doktor memberi kami lagi peluang untuk melihat sekali lagi bacaan Demam Kuning Danish turun atau tidak ,doktor memberitahu kami sekiranya bacaannya lebih dari ET level Danish terpaksa melakukan proses  pemindahan darah dengan kadar segera. Darah ni pula khas dan perlu di ambil di pusat darah negara.

Perasaan kami pada ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu ,saya menyerahkan semua keputusan kepada suami untuk selanjutnya kerana keadaan saya pada masa itu sangat tidak bermaya ,paras kepekatan bilirubin pada darah Danish begitu tinggi dan boleh merosakkan otak bayi dan perlu diberi rawatan secepat mungkin. 

Pukul 2.00 pagi doktor berjumpa kami sekali lagi dan memberitahu Danish terpaksa melakukan ET kerana bacaan Demam Kuningnya tidak turun,kami tawakal dan berserah kepadanya dan kami reda itu adalah ketentuannya ,Doktor terus menghubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan darah bagi menjalankan proses pemindahan darah untuk Danish,proses pemindahan darah akan di lakukan selepas 5 jam kerana darah hanya akan sampai di Hospital serdang dalam masa 5 jam .Semalaman kami tidak dapat tidur memikirkan kesihatan Danish yang masih kecil dan hanya tahu menangis sahaja.

Setelah 4 jam kami menunggu kami cuba masuk ke wad untuk melihat Danish tetapi Danish tidak ada di tempatnya,saya bertanya kepada jururawat dan jururawat memberitahu Danish baru sahaja selesai membuat pemindahan darah dan masih dalam pemantauan di bilik khas.Jam menunjukkan pukul 6.00 pagi  masih tiada lagi berita bagaimana keadaan Danish setelah membuat pemindahan darah,kami bertambah risau dengan keadaan Danish.Sekali lagi pukul 7.30 pagi kami ke wad dan kami sudah boleh melihat Danish di tempatnya ,saya mula menangis bila melihat Danish pada masa itu,dan saya cuba bercakap dengannya  

” DANISH MUMMY DAN DADDY MINTA MAAF KERANA KAMI TIDAK ADA SEMASA DANISH MEMERLUKAN KAMI.

Pada saat saya menyembutnya Danish menangis dan seperti faham yang kami sudah ada di sebelahnya,Doktor memberitahu saya yang Danish tidak dibenarkan menyusu sehingga 3 jam selepas pemindahan darah di buat kerana takut Danish akan muntah-muntah.Saya mula sedih dan menangis kerana sudah terlalu lama saya tidak dapat menyusukan Danish.Alhamdullilah pada pukul 8.30 pagi jururawat sudah mengizinkan saya untuk menyusukan Danish,pada saat saya memegang Danish segala beban di fikiran saya sudah mula reda dengan sentuhan ketika memeluknya.

JpegJpegJpeg

 

Danish di tahan selama 2 hari lagi bagi memantau kesihatannya.Ya Allah kami bersyukur kepadamu segala kerisauan dan keresahan yang kami tanggung sudah berakhir dan dipermudahkan dengan selamatnya.Seterusnya untuk cerita selanjutnya kami akan sambung di blog yang akan datang cerita tentang kehidupan Danish bersama keluarganya.

 

Next Update 22hb Januari 2017

 

Leave a Reply

Protected by WP Anti Spam