LEARNING NUMBER IN FUN WAY

Assalamualaikum dan salam sejahtera kami dari anakkita mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan anda semua…

 

Kebanyakkan Ibubapa pada zaman sekarang berkerja sepenuh masa dan kadang-kadang tidak mempunyai masa untuk mengajar anak mereka walaupun di hujung minggu.Namun kita sebagai Ibubapa selalunya lupa bahawa kita adalah guru mereka yang pertama di rumah dan tanpa sedar kita sebenarnya mengajar anakkita semenjak mereka lahir lagi.

Contohnya:

Bahasa perbualan kita,Anakkita boleh belajar bertutur Bahasa perbualan kita mahupun bahasa kedua tanpa kita mengajarnya hanya daripada pendengaran sahaja.Ini kerana pada peringkat awal tumbesaran anakkita mempunyai tahap pendengaran yang sangat bagus serta minda yang cerdas untuk belajar sesuatu bahasa itu untuk berhubung dengan kita.

Sepertimana anda tahu zaman sekarang anakkita jauh lebih bijak daripada kita dahulu kerana mereka mempunyai kebolehan untuk belajar apa sahaja di dunia ini hanya daripada melihat dan mendengar .Jika kita boleh meluangkan masa kita walaupun hanya 5 minit dalam seminggu untuk mendedahkan anakkita kepada segala perkara maka kita boleh membantu untuk belajar apa sahaja di dunia ini.

 

INGAT,

Anakkita hanya muda sekali sahaja dalam hidup kita luangkan masa kita sebanyak mana kita mampu dengan mereka bukan sekadar hanya untuk mengajar malah untuk menyayangi dan mengenali mereka dengan lebih rapat lagi kerana jika kita terlepas masa itu kita akan kehilangan selama-lamanya.

 

 

 AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH MEMBANTU ANAKKITA BELAJAR MENGENALI KONSEP NOMBOR

1)      Ada banyak peluang di mana kita boleh mengambil kesempatan untuk mengajar anakkita tentang penggunaan nombor dalam semua perkara seperti :

a)      Papan tanda had laju di jalan raya

b)      Nombor rumah kita

c)       Nombor telefon kita

d)      Nombor jam di dinding rumah kita

e)      Nombor muka surat apabila kita membaca buku

 

Selain nombor kita juga boleh membantu anakkita belajar untuk membandingkan dan faham kepada saiz sesuatu objek seperti Kaki siapa yang besar?,Tangan siapa yang kecil? Atau Siapa yang lebih tinggi ?

 

2)      Menggunakan Cardboard untuk memotong 10 keping mengikut saiz kaki anakkita serta tulis nombor 1 hingga 10 di atasnya kemudian susun mengikut langkah anakkita untuk berjalan dan suruh anakkita berjalan di atas Cardboard tersebut sambil mengira kepada setiap langkah yang di ambilnya.

3)      Semasa memandu kereta dalam perjalanan pulang ke rumah atau balik ke kampung kita juga boleh bermain permainan nombor seperti kita berkata nombor 1 dan biarkan anakkita berkata nombor 2 dan kita menyambung dengan berkata nombor 3 dan seterusnya.Kemudian tanya soalan kepada anakkita seperti nombor apa yang datang sebelum nombor 4 ? atau nombor apa yang datang selepas nombor 5 ?

4)      Ambil 10 manik dan letakkan di atas meja sambil di perhatikan oleh anakkita kemudian alihkan beberapa manik dan tanya soalan kepada anakkita ada berapa manik yang tinggal di atas meja sekarang ? Kalau boleh minta mereka untuk mengiranya jika mereka tidak tahu bantulah mereka untuk mengira sambil meletakkan jari kita kepada setiap manik yang kita mengira.

5)      Galakkan anakkita menonton program-program yang mengajar tentang nombor kalau boleh tontonlah bersama dengan mereka kerana jika anakkita tidak faham mereka boleh bertanya kepada kita sebab TV tidak boleh menjawab soalan mereka.

6)      Belilah permainan –permainan yang boleh membina kreativiti minda anakkita serta mengajar mereka penggunaan nombor seperti permainan Ular dan Tangga yang menggunakan dadu bernombor atau permainan Saidina di mana ia menggunakan wang untuk membeli sesuatu harta benda .Permainan ini juga memerlukan kita mengira sebelum kita bermain.

7)      Kalau boleh mulakan permainan nombor dengan anakkita menggunakan objek-objek yang sedia ada di rumah kita seperti TV,MEJA MAKAN,SOFA,ALMARI,KASUT ATAU SEBAGAINNYA.Tanya soalan kepada anakkita seperti kita ada berapa meja dan kerusi makan? Atau Adik ada berapa kasut ?

8)      Mengajar anakkita nombor dan kuantitinya dengan mudah adalah melalui anggota badan mereka semasa kita memandikan mereka kerana selalunya kanak-kanak suka bermain dengan air,kita boleh tanya soalan-soalan seperti berapa tangan kita menggunakan untuk menyabun badan kita ? Atau Berapa jari tangan kita menggunakan untuk memegang berus gigi  ?

 

 

elephant

 

MINI DATA,

Sebuah Taman Binatang di Pataya Thailand di mana seekor khinzir yang boleh mengambil kad jawapan yang betul apabila penjaganya memanggil dan memberitahu untuk mengambil jawapan kepada soalan 2 + 2 berapa ? atau 2 x 4 berapa ? Kita semua kagum apabila melihat khinzir itu boleh membawa kad jawapan yang betul kepada penjaganya malah ia juga boleh faham dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Kantonis selain daripada Bahasa Thailand.

Bayangkan jika seorang manusia boleh  mengajar binatang untuk membuat sesuatu perkara yang hanya boleh di lakukan oleh manusia selama ini ,Ini menunjukkan bahawa manusia mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk melakukan apa sahaja di dunia ini jika mereka berusaha.

 

 

Kita sebenarnya mempunyai banyak peluang di sekeliling kita untuk mengajar anakkita tentang NOMBOR,WARNA,BENTUK ATAU SEBAGAINYA. Dan apa yang kita perlu adalah usaha kita untuk melakukannya kerana anakkita tidak memerlukan kita untuk mengajar mereka 24 jam sehari tetapi apa yang mereka mahu adalah tunjuk ajar daripada kita untuk belajar mengenali persekitaran mereka.Anakkita hanya mengambil 50 % pengajaran daripada kita untuk belajar dan selebihnya adalah melalui pendedahan mereka sendiri iaitu melalui deria Penglihatan,Pendengaran,Sentuhan,Rasa dan Menghidu yang membina keinginan mereka untuk ingin tahu dan belajar tentang Diri,Kebolehan dan Persekitaran mereka.

 

 

 

THOUGHTS FOR THE WEEK

“ Life is full of adventure “

REMEMBER

If we don’t explore then we won’t know what we miss.

 

 

 NEXT UPDATE 15th  Aug 2017

Leave a Reply

Protected by WP Anti Spam