LEARNING TO WRITE

Assalamualaikum dan Salam sejahtera  kepada pembaca setia blog anakkita semoga sentiasa ceria dan berbahagia selalu di samping orang-orang tersayang.

 

Banyak pintu akan terbuka  kepada anakkita untuk belajar atau faham kepada seluruh perkara dalam dunia kita apabila anakkita mula membaca buku.Perkataan dalam buku akan memberi satu kefahaman dan pengalaman yang baru kepada anakkita apabila mereka faham maksudnya kepada sesuatu perkataan itu yang mereka lihat atau kenal dan apabila mereka mula mengenal  kepada setiap huruf,abjad dan bunyinya anakkita akan mula sedar bahawa huruf abjad yang menjadikan sesuatu perkataan itu dalam buku mereka.Dan ini akan membuatkan mereka untuk menulis huruf atau perkataan mereka sendiri supaya mereka boleh membaca atau menyebut apa yang mereka tulis di kertas itu kepada kita.

1)      Membuat latihan menulis abjad selalu

2)      Melukis gambar atau bentuk mengikut garisan

3)      Menggunakan pencetak abjad pada geometri set untuk mencetak abjad di kertas

Cara ini bukan sahaja membantu anakkita mengenal abjad malah ia akan memberi satu kordinasi kepada tangan mereka untuk memegang pensil dengan betul supaya mereka boleh menulis huruf abjad dengan cara yang betul.

 

 

 

INGAT,

Ibubapa harus faham bahawa apabila anakkita mula belajar menulis sesuatu huruf atau perkataan buat pertama kalinya dalam hidup mereka selalunya penulisan mereka tidak akan lancar atau betul sama seperti bila anakkita mula belajar makan dengan menggunakan tangan mereka sendiri.

 

Akan tetapi ,Pengalaman ini akan memberi satu keseronokkan kepada mereka dan bangga dengan kebolehannya kerana kini mereka boleh menulis.

Galakkan ,Semangat dan keyakinan kita kepada anakkita akan membuat mereka belajar dengan cepat dalam penulisan mereka.Jika kita menjadikan pengajaran ini sebagai satu pembelajaran yang menyeronokkan maka anakkita akan cepat pandai kerana mereka SUKA BUKAN TERPAKSA .

 

KESILAPAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH IBUBAPA SEMASA MENGAJAR ANAKKITA MENULIS

 

Sepertimana anda tahu, Otak manusia mempunyai 2 ruang pemikiran iaitu Hemisfera Kanan dan Hemisfera Kiri.Dan setiap anakkita menggunakan 2 Himesfera ini sebagai satu alat untuk membantu mereka belajar mengenali kebolehan ,kemahiran dan dunia mereka.Apabila anakkita menggunakan satu Hemisfera lebih daripada yang satu lagi ia akan menentukan cara pemikiran,pembelajaran dan penggunaan anggota badan mereka untuk belajar sesuatu perkara dalam hidup mereka.

 

 

 

DO YOU KNOW ?

Jika anakkita menggunakan pemikiran otak Hemisfera Kanan lebih daripada hemisfera Kiri maka anakkita lebih cenderung untuk menggunakan tangan kiri daripada tangan kanannya untuk membuat sesuatu perkara walaupun untuk menulis .

 

Kesilapan yang biasa Ibubapa lakukan semasa mengajar anakkita menulis adalah selalunya Ibubapa berpendapat bahawa tangan kanan adalah tangan yang sepatutnya untuk menulis kerana kita selalu menggunakan tangan kanan untuk makan atau untuk memberi salam dan apabila Ibubapa melihat anak mereka menggunakan tangan kiri untuk memegang pensil semasa menulis Ibubapa  melarang dan memaksa anak mereka untuk menggunakan tangan kanannya .Ini secara tidak langsung akan memberi satu tekanan kepada emosi mereka kerana dipaksa untuk belajar menulis menggunakan tangan kanan di mana mereka tidak mempunyai satu kekuatan atau kordinasi untuk memegang pensil tersebut .Perkara ini akan membuat anakkita tidak suka untuk menulis malah akan menghalang keinginan mereka untuk belajar.

 

 

 

INGAT,

Hasil daripada kajian baru-baru ini tentang cara otak manusia berfungsi .Pakar berpendapat serta pasti bahawa setiap anakkita mempunyai satu sebab atau kelebihan apabila mereka memberi keutamaan kepada satu tangan lebih daripada tangan yang lain dan jika kita menghalang keutamaan semulajadi ini maka ia akan mengelirukan minda anakkita serta menyusahkan mereka untuk belajar.

 

Jika Ibubapa tidak pasti tentang penggunaan tangan anakkita yang mana menjadi keutamaan mereka kita boleh memberi beberapa latihan untuk menentukan tangan mana anakkita selalu menggunakan untuk :

1)      Menggunting kertas

2)      Menyikat rambutnya

3)      Memukul,membaling ,memegang atau mengambil sesuatu benda

 

Cara-cara ini akan membantu kita untuk melihat anakkita menggunakan tangan mana untuk semua perkara di atas.Jika anakkita seorang kidal maka kita harus menyokong dan jangan menghalang atau cuba mengubah penggunaan semulajadi tangan anakkita kerana ia akan memudaratkan pengajaran kita.

Apabila kita mengenal pasti tangan mana anakkita selalu menggunakan dengan cara semulajadinya cuba ajar mereka untuk memegang pensil dengan cara yang betul iaitu menggunakan ibu jari bersama jari telunjuk untuk memegang dan jari ketiga untuk meletakkan pensil untuk memudahkan penulisan kita.Dan sentiasa ingatkan anakkita untuk memegang pensil atas daripada mata pensil jika anakkita  seorang kidal galakkan mereka untuk memegang pensil itu atas lagi daripada mata pensil kerana ia akan memberi ruang untuk melihat tulisan mereka serta ingatkan mereka juga untuk merapatkan siku dekat lagi dengan badan mereka kerana ia akan membuat mereka selesa dan tidak meyakitkan pergelangan tangan mereka semasa menulis.

 

Sebelum kita mengajar anakkita untuk belajar menulis berikan beberapa latihan untuk membuat garisan untuk memudahkan anakkita dalam penulisan seperti membuat garisan :

Tegak,Melintang,Berayun,Segi Empat,Segi Tiga dan Bulatan

Latihan-latihan ini akan membantu dalam pergerakkan tangan mereka kerana ia akan meningkatkan  perkembangan “ MOTOR CONTROL “ mereka untuk memegang dan menulis dengan betul mengikut bentuk huruf abjad.Selalunya cara yang paling baik untuk mengajar anakkita menulis adalah MEMPERHATIKAN KITA MENULIS KERANA IA AKAN MEMBERI ANAKKITA SATU KEINGINAN UNTUK MENCUBA MENULIS SEPERTI KITA SEBAB KLITA ADALAH GURU MEREKA YANG PERTAMA DI RUMAH.

 

 

 

MINI DATA,

Penulisan adalah satu kemahiran dan ia juga boleh menjadi sebagai satu kerjaya malah penulisan juga akan memperkukuhkan ingatan anakkita.

 

 

 

 

THOUGHTS FOR THE WEEK

 

“ Every action that we make not only has an effect but consequences too”

REMEMBER

Every those consequences teaches us to strive in life.

 

 

 

NEXT UPDATE  1st Mar 2017

Leave a Reply

Protected by WP Anti Spam