WHEN WE LOVE TO TEACH THE LEARNING BECOME FUN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog anakkita ,Bersyukur kepada allah s.w.t dengan izinnya kami dapat bersua kembali dan meluangkan masa untuk menulis blog anakkita.Alhamdullilah anak kami yang telah lahir pada 4hb April 2016 sekarang sudah berusia 8 bulan.Baby kami yang kami namakan….

DANISH BIN MUHAMMAD DANIAL

Jpeg

Danish sekarang membesar dengan sihat ,Berat Danish 8 bulan setakat ini 8.5 kg .Dengan kehadiran Danish dalam hidup kami semua cara kehidupan kami telah berubah,Kami mula berbincang dan membuat perancangan dalam tugas-tugasan kami sehari-hari.Beberapa minggu lagi sudah berakhirnya Tahun 2016.Alhamdullilah kami bersyukur selama kami melalui kehidupan untuk tahun 2016 ini, banyak yang kami belajar  cara menguruskan anak-anak di rumah,di sekolah dan di luar .Minggu hadapan sebelum berakhirnya Tahun 2016 ini kami akan menceritakan tentang kehidupan kami bersama dengan cahaya mata kami Danish dan Bagaimana telatah dan kerenah kakak-kakaknya bermain dengan adiknya Danish…

 

Mengajar anakkita bukanlah satu tugas yang berat atau susah cuma kita tidak memberi  perhatian kita untuk mengenali anakkita dengan lebih mendalam tentang kebolehan mereka atau kita tidak mempunyai masa untuk belajar mengetahui cara-cara untuk mengajar mereka,Sebagai Ibubapa kita harus sedar bahawa permulaan awal ( HEAD START ) dalam pendidikan awal kanak-kanak adalah pembelajaran yang paling penting dalam hidup anakkita semasa mereka membesar kerana ia bukan sahaja membantu anakkita memperolehi Ilmu dan kemahiran malah ia akan menjamin masa depan anakkita kelak nanti.

Apa yang anakkita melihat dan mendengar dalam hidup mereka ia adalah satu pengajaran kepada mereka untuk belajar mengenali diri sendiri ,Kita dan persekitaran mereka.Sebagai Ibubapa mereka kita harus menjadikan pengajaran itu sebagai satu pembelajaran yang menyeronokkan kerana ia akan memberi  anakkita satu keinginan untuk belajar dalam diri mereka dan apabila anakkita mempunyai keinginan ini mereka akan cepat belajar kepada semua pengajaran kita.

 

 

INGAT,               

Jika kita sebagai Ibubapa tidak mempunyai keinginan untuk belajar pada diri sendiri maka secara tidak langsung kita juga tidak akan mempunyai keinginan untuk mengajar anakkita.

 

BAGAIMANA KITA BOLEH MENJADIKAN SESUATU PEMBELAJARAN ITU KEPADA SATU PENGAJARAN YANG MENYERONOKKAN ANAKKITA.

 

***Kita harus mempunyai kesabaran dan keinginan untuk mengajar anakkita kerana ia akan memudahkan pengajaran kita kerana bila kita suka mengajar  pembelajaran itu lebih menyeronokkan.Di bawah ini adalah cara-cara yang mudah dan senang untuk mengajar anakkita beberapa perkara asas sebelum mereka kesekolah.

 

MENGAJAR ANAKKITA ABJAD DAN NOMBOR

 

1.       Poster  Abjad  dan Nombor

Lekatkan di dinding bilik anakkita atau di bilik bacaan supaya anakkita sentiasa melihat poster-poster ini  dan luangkan masa kita untuk melihat poster-poster itu bersama anakkita dan tanya soalan ini Adik, Tahu tak huruf ini apa ?

 

2.       VCD/DVD  Abjad atau Nombor

Menggunakan irama muzik atau nyanyian untuk mengajar abjad atau nombor.Luangkan masa kita untuk tengok vcd/dvd itu dan bernyanyi atau nyanyikan kepada anakkita tanpa menyuruh mereka mengambil bahagian dalam nyanyian kita kerana apabila kita menyuruh anakkita jangan tengok mereka akan datang dan duduk di sebelah kita untuk tengok bersama dan cuba mengikut rentak nyanyian kita dengan kerelaan mereka sendiri kerana anakkita mempunyai perasaan ingin tahu dan perasaan ini selalunya akan mencetuskan mereka untuk ingin tahu apa yang kita belajar? Cara ini sungguh menyeronokkan dan apabila anakkita belajar sesuatu perkara itu menggunakan irama mereka selalunya cepat belajar dan boleh ingat lama.

 

3.       Kad Manila

Beli beberapa kad manila dan potong 26 keping untuk abjad dan 10 keping untuk nombor mengikut ukuran 5 x 3 inci dan gunakan pen marker untuk menulis setiap huruf dan nombor di atas kepingan tersebut kemudian sediakan 2 bakul di mana satu di labelkan abjad dan 1 lagi untuk nombor kemudian main satu permainan di mana minta anakkita untuk masukkan kepingan abjad atau nombor ke dalam bakul yang sesuai apabila kita menyebut huruf  atau nombor selepas itu minta anakkita untuk menyebut huruf atau nombor yang mereka suka dan kita pula yang memasukkan ke dalam bakulnya.Permainan ini bukan sahaja menyeronokkan malah ia merapat persahabatan kita dan juga memberangsangkan minda anakkita.

 

 

MENGAJAR ANAKKITA TENTANG BINATANG ,BUAH-BUAHAN  DAN SAYUR-SAYURAN

 

  1. Kalau boleh dapatkan saluran tv DISCOVERY / ANIMAL PLANET untuk anakkita dan menonton bersama dengan mereka selalu.Jika anakkita tidak tahu tentang sesuatu binatang itu mereka boleh bertanya dengan kita kerana kita ada di sebelah mereka sebab tv tidak boleh menjawab soalan mereka jika anakkita tidak faham.
  2. Cuba bawa anakkita ke zoo dan ambil semua gambar binatang yang ada di zoo kemudian cetak dan letakkan di album dan gunakan sebagai buku untuk belajar.Cara ini sungguh bagus untuk anakkita belajar tentang binatang kerana gambar yang kita ambil adalah gambar binatang yang sebenar.
  3. Semasa di pasaraya bagi anakkita satu troli dan bawa mereka ke bahagian buahan dan sayuran ,Kemudian minta pertolongan anakkita untuk mengambil buahan atau sayuran yang kita namakan.Cara ini anakkita belajar dengan cepat kerana setiap minggu kita membuat pembelian ini dan ia juga akan memberi satu pengalaman yang baik kepada anakkita kerana kini mereka merasa bahawa kita yakin dengan mereka untuk membantu kita.

 

 

MENGAJAR ANAKKITA WARNA DAN BENTUK

 

  1. Dunia kita sentiasa di kelilingi oleh warna dan bentuk tidak kira sama ada manusia ,binatang,tumbuhan atau alam semulajadi malah boleh di katakan setiap objek di dunia ini mempunyai warna dan bentuk.cara yang paling baik mengajar anakkita warna dan betuk adalah melalui  warna air di mana kita menggunakan tapak tangan,buahan ,geometrik set sebagai pencetak di mana kita boleh mewarnakan dan mencetak di kertas atau di dinding rumah kita.Kita juga boleh mencampurkan warna air ini untuk menghasilkan warna yang lain.Cara ini sungguh meyeronokkan anakkita kerana anakkita boleh belajar mengenali warna-warna dan bentuk daripada bahan-bahan yang kita gunakan sebagai pencetak.Anakkita memang peka dengan warna dan mempunyai penglihatan yang cukup bagus kerana anakkita menggunakan warna untuk belajar mengenali sesuatu objek.

 

MENGAJAR ANAKKITA UNTUK MEMBACA

  1. Belilah buku-buku Abjad ,Nombor ,Binatang, Buah-buahan,Sayur-sayuran ,Warna ,Bentuk,Buku Cerita bergambar atau sebagainya.Bila ada masa terluang pada hujung minggu ambillah satu buku untuk di bacakan kepada anakkita sambil bertanya gambar ini untuk apa?,Gambar ini biasanya kita jumpa di mana?cara ini sungguh bagus untuk kita berbual dengan anakkita kerana buku boleh menjadi pengantara kita atau sebagai bahan untuk berbual dengan anakkita.
  2. Ambil satu kad manila yang besar kemudian lakarkan satu cerita yang pendek tentang perjalanan kita ke zoo atau ke kampung menggunakan gambar-gambar yang kita ambil dan tampalkan di atas kad manila bersertakan perkataan ringkas dan pendek kemudian kita membaca bersama-sama dengan anakita iaitu kita membaca menggunakan perkataan dan anakkita membaca menggunakan gambar.Cara ini akan memudahkan anakkita untuk belajar membaca malah ia juga  menyeronokkan mereka kerana cerita ini mengembalikan keseronokkan yang mereka dapat daripada pengalaman mereka.

 

 

MINI DATA,                     

Permulaan awal dalam pendidikan awal anakkita akan memberi satu keyakinan kepada anakkita bahawa mereka sudah bersedia untuk belajar di sekolah.

INGAT,

Jika kita menjadikan pengajaran anakkita sebagai satu tanggungjawab kita maka kita akan berusaha untuk melaksanakannya dengan setulus hati dan ia akan memberi kita satu kepuasan dalam diri kita bahawa kita telah menunaikan tanggungjawab kita kepada anakkita sebagai seorang Ibubapa.

 

 

 

 

 

THOUGHTS FOR THE WEEK

 

“ When we do the right thing for the people we love the most “

It is a feeling of fulfilment beyond this world

 REMEMBER

 That is what success really means .

 

 

 

 

NEXT UPDATE  18hb  Dec 2016

Leave a Reply

Protected by WP Anti Spam