See other templatesSee other templates

About Us

Syarikat kami Baby Genius Enterprise ( www.anakkita .com.my ) mula beroperasi pada tahun 2010,Syarikat kami menjual program kanak-kanak yang mudah dan berkesan dengan harga yang rendah kepada Ibubapa yang ingin memberikan anak mereka A HEAD START (Permulaan Awal ) dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Syarikat Baby Genius Enterprise adalah sebuah syarikat Bumiputera yang diuruskan oleh mereka yang berpengalaman luas dalam industri pendidikan selama 18 tahun.Pengalaman yang ada selama 18 tahun bekerja dengan mereka yang professional dalam industri pendidikan pasti dapat menjanjikan perkhidmatan yang bermutu dan berintegriti.

Misi

Misi kami adalah untuk memberi kesedaran dan kepentingan kepada Ibubapa tentang kepentingan awal kanak-kanak kerana ramai antara kita masih kurang percaya dalam Pendidikan Awal kanak-kanak. 

Visi

Visi kami adalah supaya setiap Ibubapa , Pengusaha Taska, dan Tadika di Malaysia dapat memiliki Mini Perpustakan di rumah dan di pusat pengajaran untuk anak mereka dengan harga yang rendah serta membina dan memupuk minat anak kita dalam pendidikan supaya anak kita berjaya dan bersedia dalam hidup mereka du dunia yang kian mencabar ini. 

"Our Programme Interactive English Skill is specially design for children from 6 months old baby to 7 years old teaching the most fun efficient way to Learn, to Speak, Listen to - Read - Understand the rules of English at your own home."

Saya Muhammad Danial Abdullah mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam Pendidikan Awal kanak-kanak selama 18 tahun. Saya bekerja di SYARIKAT TIMES PUBLISHING GROUP dengan menjual program kanak-kanak dari luar negara seperti TIME LIFE SERIES DAN ENCYCLOPEDIA BRITANNICA, dan selama 18 tahun saya bekerja saya mendapati masih ramai lagi ibubapa tidak membelikan program kanak-kanak dari luar negara ini kerana bukan mereka tidak mampu membeli tetapi kerana mereka tidak bertutur Bahasa Inggeris di rumah dan ia merumitkan mereka untuk mengajar anak mereka.

Saya pernah menghadiri conference dan lawatan ke luar negara seperti ke NEW ZEALAND, TURKEY, SOUTH AFRICA, CANADA, AUSTRALIA, ITALY, SWITZERLAND, INDONESIA, SINGAPORE, HONG KONG, DAN THAILAND, dan saya mendapati bahawa tanpa penguasaan Bahasa Inggeris dan ilmu pengetahuan kita ketinggalan satu langkah di belakang.

 

"Ramai ibubapa sekarang masih lagi kurang sedar tentang Pendidikan Awal kanak-kanak dan kita masih mempercayai bahawa Taska dan Tadika adalah guru pertama untuk anakkita tapi sebenarnya Ibubapa adalah guru mereka yang pertama sejak mereka lahir di dunia ini."

Special Quotes

"Pressuring a child to learn everything will do more harm than good REMEMBER our love, trust, tolerance and understanding will motivate them in learning BECAUSE their journey in life by itself is a learning tools for them to learn all about it."

Anakkita.com.my

"The fruit of tomorrow begin from the seed of today REMEMBER children are innocent and naive, it is we as a parent who is responsible to help them to lead a better life."

Anakkita.com.my

"Anakkita hanya muda sekali dalam hidup kita dan masa itu emas oleh itu sayangilah mereka dengan penuh kasih sayang anda dan berikan mereka PENDIDIKAN AWAL yang terbaik HARI INI."

Anakkita.com.my

"Kejayaan dalam hidup bukan bererti kekayaan yang melimpah tetapi ketenangan di minda dan jiwa untuk terus menikmati kehidupan ini bersama-sama dengan keluarga yang tersayang kerana kekayaan tidak akan menghilangkan masalah-masalah manusia sedangkan mayat dalam kubur pun harus berhadapan dengan Ilahinya."

Anakkita.com.my

Go to top