See other templatesSee other templates

FAQ

1. Pada usia bilakah kita boleh mengajar anakkita?

Seawal dalam kandungan lagi kita boleh mengajar anakkita iaitu selepas 6 bulan 10 hari ke atas. Ini kerana pembesaran anakkita dalam kandungan sudah sempurna dan matang serta mempunyai keupayaan untuk mendengar suara atau bunyi daripada seorang ibu dan persekitarannya.

Oleh itu, jika seorang ibu yang sedang mengandung suka membaca dan mendengar kepada perkara baik maka anakkita dalam kandungan akan mendapat segala khasiat dan kebaikan daripada ibunya.

2. Bagaimanakah caranya untuk mengajar anakkita?

Sebenarnya tanpa kita sedar, kita sentiasa mengajar anakkita sejak mereka lahir lagi sehingga dewasa. Apabila kita bercakap, bercerita, bermain, menyuruh, memarah ataupun menunjuk sesuatu benda secara tidak langsung kita sedang mengajar anakkita.

Cara yang paling baik untuk mengajar anakkita adalah melalui pendedahan awal iaitu "TUNJUK DAN KATA" kerana pembelajaran anakkita bermula dengan gambar sebelum mereka beralih kepada perkataan. Jika kita suka mendengar dengan sabar dan tenang apabila anakkita bercakap dengan kita, maka anakkita akan mendengar dengan tenang apabila kita bercakap mahupun untuk mengajar mereka.

3. Bagaimanakah anakkita belajar dunia mereka?

Anakkita mempunyai 3 cara untuk belajar dunia persekitaran mereka iaitu melalui TONGUE, OPPOSITES AND QUESTIONS. Pada usia seawal 6 bulan hingga 1 setengah tahun anakkita akan menggunakan LIDAH mereka untuk merasa sesuatu benda itu sebelum mereka belajar menggunakan untuk bertutur apabila anakkita berusia 1 setengah tahun hingga 3 tahun pula, mereka akan menggunakan KATA LAWAN kita untuk belajar sesuatu benda itu menggunakan deria sentuhan mereka seperti bila kita berkata "JANGAN SENTUH".

Ini akan memberi satu kemusykilan kepada anakkita kenapa mereka tidak boleh sentuh dan membuatkan mereka menyentuh untuk mengetahuinya dan pada usia ini perasaan ingin tahu anakkita akan mula berkembang dan meningkat. Apabila anakkita berusia 3 tahun ke atas dan mula belajar bercakap dalam ayat, mereka akan menggunakan SOALAN untuk belajar sesuatu perkara atau benda yang mencungkil perasaan ingin tahu mereka.

4. Bagaimanakah caranya membuat anakkita suka kepada buku dan pembacaan?

Cara yang paling efektif untuk menyemai minat anakkita kepada buku dan pembacaan adalah melalui usaha kita untuk mendedahkan mereka kepada dunia buku dan pembacaan daripada peringkat awal lagi seperti membaca buku dan suratkhabar atau bercerita menggunakan buku selalu di depan anakkita dan suka membawa mereka ke perpustakaan dan kedai buku selalu untuk mendedahkan dunia pembelajaran melalui buku.

Pada mulanya buku akan menjadi salah satu barang mainan kepada anakkita namun lama-kelamaan ia akan mencungkil perasaan ingin tahu mereka untuk mengetahui apa isi kandungannya dan selalunya anakkita akan datang kepada kita untuk mencari jawapannya.

Dan ini adalah satu permulaan kepada anakkita untuk suka kepada buku serta ia juga satu peluang kepada ibubapa untuk menyemai minat anakkita kepada dunia pembelajaran dan pembacaan kerana sesuatu minat itu tidak boleh dipaksa atau diajar dan hanya boleh dipupuk daripada peringkat awal jika itu yang kita inginkan untuk anakkita.

5. Apakah peranan utama ibubapa dalam pendidikan untuk membantu anakkita berjaya?

Ada 3 faktor utama yang menentukan sama ada kita sebagai seorang ibubapa berjaya atau tidak dalam pendidikan anakkita iaitu faktor MASA, USAHA dan KESABARAN.

Kesedaran daripada kesilapan dan kegagalan menentukan kejayaan seseorang individu itu dalam hidup kerana ia mengajar kita apa yang baik dan tidak.

Kejayaan anakkita dalam pendidikan mahupun dalam hidup sebenarnya bergantung kepada kita kerana sebagai seorang ibubapa kita harus memberi perhatian dan meluangkan MASA untuk membantu anakkita serta BERUSAHA mencari jalan-jalan atau bahan-bahan yang boleh membantu mereka mencapai kejayaan dan kita harus menerima serta BERSABAR dalam semua kesilapan dan kegagalan anakkita dan memberi tunjuk ajar supaya anakkita belajar daripadanya untuk menjadi seorang yang berguna dan berjaya dalam hidup mereka kerana itulah tanggungjawab seorang ibubapa kepada anakkita.

6. Adakah Program Bacaan Anakkita bagus untuk anakkita?

Sebenarnya semua program kanak-kanak yang ada dipasaran adalah bagus untuk anakkita tetapi apa yang membezakan program bacaan anakkita dengan program kanak-kanak yang lain adalah seperti berikut:

  1. Ia adalah satu program yang mudah dan berkesan kepada ibubapa dan guru untuk mengajar anakkita.
  2. Ia juga sebuah program yang berinteraktif iaitu menggunakan VCD untuk mengajar anakkita.
  3. Ia menggunakan Animasi yang bergerak perlahan untuk mengajar anakkita yang berumur 6 bulan ke atas supaya mereka mudah faham dan belajar.
  4. Ia juga memudahkan ibubapa dan guru untuk mengajar anakkita dalam pembacaan buku kerana setiap buku menggunakan VCD untuk membantu anakkita dalam pelajaran mereka.
  5. Ia merupakan sebuah program yang memberi pendedahan awal dalam permulaan awal pendidikan anakkita.
  6. Ia juga merupakan 2 dalam 1 iaitu selain daripada pengajaran, ia juga membolehkan ibubapa dan guru-guru untuk memberi latihan tangan seperti menulis, mewarna atau sebagainya.
  7. Tip-tip ibubapa yang diberikan oleh Babygenius Enterprise memudahkan ibubapa dan guru-guru belajar mengenali kebolehan dan kemahiran yang sedia ada pada anakkita supaya kita boleh membantu anakkita dalam pembelajaran serta menyemai minat mereka kepada buku dan pembacaan.
  8. Ia juga merupakan sebuah program yang digunakan oleh guru-guru sebagai ABM (alat bantuan mengajar) di lebih 300 pusat pengajaran seperti taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak.
  9. Ia juga sebuah program yang memudahkan ibubapa, guru dan anakkita belajar menguasai Bahasa Inggeris dengan mudah.
  10. Ia juga merupakan satu-satunya program kanak-kanak yang paling murah di pasaran dimana ia mengandungi 35 BUKU dan 35 VCD dengan harga hanya RM299 sahaja. Bermaksud setiap BUKU dan VCD adalah RM8.50 sahaja.

Special Quotes

"Ekor akan sentiasa mengikut ke mana kepala pergi. Jika kita sebagai ibubapa selalu menonton siaran siaran yang memberikan kita manfaat dan pengetahuan am maka anakkita akan mengikuti jejak kita dan belajar kepada semua perkara yang benar dan betul dari TV sambil membina ilmu pengetahuan dalam diri mereka selain daripada membaca."

Anakkita.com.my

"Setiap anakkita yang lahir di dunia ini adalah kurniaan dari Ilahi dan Allah S.W.T inginkan setiap anakkita menjalani kehidupannya sebagai seorang kanak-kanak dahulu sebelum belajar menjadi seorang dewasa dan jika kita menghalang zaman kekanakkan mereka ini bererti kita menghalang kewujudan kita sendiri di dunia ini."

Anakkita.com.my

"Success is not depends on others REMEMBER it is he who makes the effort to try will succeed." 

Anakkita.com.my

"Our life is full of discoveries and invention REMEMBER every discoveries starts from A QUESTION and every inventions starts from AN ANSWER."

Anakkita.com.my

Go to top